Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

UEFA sahkan jaringan Nistelrooy

Posted by bolasepak on June 11, 2008

KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mengesahkan gol pembukaan yang dijaringkan Ruud van Nistelrooy ketika membantu Belanda menang 3-0 ke atas Itali pada Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 semalam.

Jaringan van Nistelrooy pada minit ke-26 itu telah mencetuskan kontroversi selepas dia dikatakan berada pada kedudukan ofsaid ketika menyudahkan sepakan Giovanni van Bronckhorst.

“Gol itu sah kerana selain penjaga gol Itali (Gianluigi Buffon), terdapat pemain lain (Christian Panucci) berada luar padang dan dia masih boleh beraksi ketika van Nistelrooy menjaringkan gol.

“Meskipun pada masa itu ada pemain yang berada di luar padang, kedudukannya perlu diambil kira oleh pengadil.

“Dalam sitausi itu, dia (van Nistelrooy) tidak dianggap ofsaid,” kata setiausaha agung UEFA, David Taylor.

Taylor berkata, peraturan seperti itu perlu digunakan bagi mengelak mana-mana pemain meninggalkan padang tanpa sebarang alasan.

“Jika kamu tidak ada tafsiran sedemikian, apa akan berlaku jika pasukan bertindak untuk meninggalkan padang kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: