Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Tuan rumah ucap selamat tinggal

Posted by bolasepak on June 12, 2008

JARINGAN pada minit terakhir Arda Turan melonjakkan kemenangan Turki 2-1 ke atas Switzerland, sekali gus menunjukkan jalan keluar pasukan tuan rumah itu untuk saingan Euro 2008, pada pertemuan awal pagi tadi.

Gol Turan diperoleh pada minit kedua masa kecederaan dengan sepakan kuat kaki kirinya selepas pertahanan Switzerland gagal mengeluarkan bola berdekatan kotak penalti.

Sebelum ini, Turki memperoleh jaringan awal menerusi Semih Senturk pada minit ke-57.

Bagaimanapun Switzerland memperoleh gol awal menerusi Hakan Yakin pada minit ke-32.

“Ia sesuatu yang sukar untuk kembali semula selepas tercicir satu gol dalam kejohanan sebesar Euro ini. Namun, kami mengejar dan bekerja keras pada separuh kedua dengan mencipta banyak peluang.

“Kami percaya mampu menang dengan Republik Czech nanti dan melangkah pusingan seterusnya,” kata jurulatih Turki, Fatih Terim.

Switzerland menjadi negara tuan rumah kedua pada kejohanan Eropah yang terkeluar pada saingan kumpulan selepas Belgium pada 2000.

“Semestinya ia amat mengecewakan. Tapi, saya tidak menyalah pemain atau sesiapapun. Kami tewas untuk kali kedua kerana nasib tidak menyebelahi kami,” jurulatih Switzerland, Koebi Kuhn.

Keputusan Turki-Switzerland itu cukup untuk Portugal yang dalam Kumpulan A untuk melangkah selesa saingan suku akhir.

Terdahulu, Portugal meneruskan kehebatan dengan membenam Republik Czech 3-1 di Geneva.

Pertemuan Turki dan Republik pada Sabtu ini dijangkakan menarik untuk menentukan satu lagi pasukan layak bersama Portugal.

Switzerland: Diego Bengalio, Stephan Lichtsteiner, Philippe Senderos, Patrick Mueller, Ludovic Magnin, Valon Behrami, Gelson Fernandes (Ricardo Cabanas, 76), Gokhan Inler, Tranquillo Barnetta (Johan Vonlanthen, 66), Hakan Yakin (Daniel Gygax, 85), Eren Derdiyok.

Turki: Volkan Demirel, Hakan Balta, Emre Asik, Servet Cetin, Hamit Altintop, Arda Turan, Mehmet Aurelio, Tumer Metin (Mehmet Topal, 46), Gokdeniz Karadeniz (Semih Senturk, 46), Tuncay Sanli, Nihat Kahveci (Kazim Kazim, 85).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: