Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Malaysia menang 3-1 ke atas Laos, mara final Sukan SEA 2009

Posted by bolasepak on December 14, 2009

MALAYSIA mara ke perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea selepas berjaya menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 pada aksi separuh akhir di Vientiane, malam ini.

Kemenangan itu bermakna skuad negara akan bertemu Vietnam yang terdahulu membelasah Singapura 4-1 untuk penentuan pingat emas pada aksi final nanti.

Pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini, Malaysia tewas 3-1 kepada Vietnam.

Keputusan penuh perlawanan..

4 Responses to “Malaysia menang 3-1 ke atas Laos, mara final Sukan SEA 2009”

  1. […] Malaysia menang 3-1 ke atas Laos, mara final Sukan SEA 2009 […]

  2. Lerock said

    Tahniah Malaysia kerana layak ke final.

    Tapi kita tgk penyokong Laos tak pula bertindak ganas macam penyokongan bolasepak Malaysia biarpun pasukan mereka kalah di tempat sendiri? Apakah mentaliti mereka lebih tinggi dari rakyat Malaysia yang bermentaliti kelas ke-3 ini?

    Sedarlah dirimu rakyat Malaysia…

  3. Pak ya said

    betul jugak takde insiden bakar kerusi dan merusuh malam tadi…
    pennyokong kelantan harus blajar sesuatu dari penyokong laos..
    walaupun negeri tak maju tapi ade semangat kesukanan..

  4. Lerock said

    Bagus juga ada siaran langsung tu. Dapat juga penyokong2 Malaysia belajar sesuatu dari negara yang tak maju itu.

    Walaupun zahir rakyat Laos itu tidak maju, tetapi tahap pemikiran mereka dalam kesukanan itu bagaikan kelas pertama. Bayangkanlah dengan stadium yang penuh dengan penyokong Laos dan beberapa ciput sahaja penyokong Malaysia, tapi tak pula kita nampak kejadian baling botol mineral dan sebagainya terhadap penyokong Malaysia. Penyokong Malaysia tenteram dikelilingi mereka.

    Bayangkan situasi yang sama berlaku di negara kita, apakah penyokong Laos akan jadi mangsa balingan botol kalau pasukan Malaysia kena belasah di tempat sendiri?

    Semua yang Tuhan tunjukkan itu untuk membuka mata kita agar jadi insan yang sedar diri dan bangunkan mentaliti.

    Kalau kita nak mutu bolasepak kita kelas pertama, mentaliti rakyat pun kenalah kelas pertama, sebab para pemain bolasepak negara itu datang daripada rakyat juga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: