Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Sukan SEA: Malaysia ke separuh akhir, Thailand tersingkir

Posted by bolasepak on December 11, 2009

MALAYSIA menepis ramalan awal apabila berjaya menewaskan juara lapan kali, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir kumpulan A untuk mara ke separuh akhir bertemu dengan tuan rumah, Laos pada aksi separuh akhir Sukan SEA 2009, Isnin ini.

Sebelum perlawanan bermula, Malaysia berdepan misi “hidup mati” dengan Thailand yang merupakan juara bertahan Sukan SEA edisi 2007, apatah lagi jaguh Asia Tenggara itu mempunyai reputasi sebagai pasukan yang tidak pernah gagal ke separuh akhir sejak 1973.

Kejayaan menewaskan Thailand sangat bermakna kerana Malaysia terpaksa bangkit dari ketinggalan satu gol menerusi jaringan Arthit Suntornpanavej pada minit ke-52.

Bagaimanapun, anak-anak buah K Rajagopal mempamer semangat juang tinggi untuk bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-81 menerusi jaringan Mohd Nasriq Baharom.

Menyedari keputusan seri masih belum cukup untuk memburu slot ke separuh akhir, Malaysia akhirnya berjaya mencari gol kemenangan yang dicari-cari apabila Ahmad Fakri Saarani merobek gawang Thailand hanya seminit sebelum masa sebenar berakhir.

Malaysia memulakan kempen Sukan SEA kali ini dengan bergaya apabila membelasah Timor Leste 11-0, tapi pretasi skuad negara merudum selepas itu apabila kecundang 1-3 kepada Vietnam.

Malaysia berjaya menghidupkan peluang untuk ke separuh akhir apabila membenam Kemboja 4-0 dalam perlawanan berikutnya sebelum berjaya merobohkan kekebalan Thailand pada perlawanan terakhir hari ini.

Malaysia akan bertemu tuan rumah, Laos yang muncul juara kumpulan B pada peringkat separuh akhir manakala satu lagi perlawanan membabitkan juara kumpulan A, Vietnam yang bertemu naib juara kumpulan B, Singapura, Isnin ini.

3 Responses to “Sukan SEA: Malaysia ke separuh akhir, Thailand tersingkir”

  1. […] Sukan SEA: Malaysia ke separuh akhir, Thailand tersingkir […]

  2. wandi said

    huhuhuh….mcm ni lah malaysia….sian kat tai,cube la 2thn lg….pe2 pn kita semua rakyat malaysia doakn malaysia kalahkn laos sekaligus dapat merangkul pingat emas bola sepak sukan sea 2009…amin..

  3. Pak ya said

    Tahniah… diharap kemenangan akan hadir walaupun kelihatan agak berat tanpa 2 penyerang zaquan dan fakri….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: