Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Posts Tagged ‘tuan rumah’

Austria senasib dengan Switzerland

Posted by bolasepak on June 9, 2008

CROATIA memastikan derita sama singgah buat satu lagi tuan rumah bersama, Austria, apabila melakar kemenangan 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Euro 2008, awal pagi tadi.

Kekalahan itu menyusul selepas Switzerland, juga berwatak penganjur bersama, ditumpaskan Republik Czech pada hari pembukaan kejohanan membariskan 16 pasukan terbaik Eropah itu.

Lebih perit, kekalahan Austria itu dialami angkara padah yang menjelma begitu awal, apabila Luka Modric menyempurnakan anugerah penalti untuk membolehkan Croatia mendahului ketika kedua-dua pasukan belumpun menjumpai rentak sebenar. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | 1 Comment »

Saingan Euro 2008 bermula hari ini

Posted by bolasepak on June 7, 2008

SAINGAN Euro 2008 bermula hari ini dengan tuan rumah bersama, Switzerland mengetengahkan bakat muda menentang barisan berpengalaman Republik Czech yang mahu membuktikan mereka tetap unggul mencabar dalam edisi kali ini.

Barisan didik Koebi Kuhn adalah antara skuad termuda di pusingan akhir kali ini tetapi dengan bekalan beberapa pemain yang sudah memiliki pengalaman pada dua kejohanan utama yang lalu.

“Pemain kami sudah matang sejak Piala Dunia 2006,” kata kapten, Alex Frei mengenai kemampuan pasukannya itu di kem latihan. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »