Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Posts Tagged ‘menang’

Juara Eropah tumbang

Posted by bolasepak on June 11, 2008

GOL cantik Zlatan Ibrahimovic menjadi inspirasi bermakna membantu Sweden menewaskan juara bertahan, Greece 2-0 pada perlawanan Kumpulan D Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2008, pagi tadi.

Jaringan penyerang kelab Inter Milan itu bukan sahaja melemahkan semangat pemain Greece malah turut mengakhiri kemarau jaringan selama tiga tahun Ibrahimovic dalam kancah bola sepak di peringkat antarabangsa.

Satu lagi gol Sweden, semalam disumbang pemain pertahanan tengahnya, Petter Hansson selepas berlaku keadaan kelam kabut di depan gol Greece. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Sepanyol menang bergaya benam Rusia

Posted by bolasepak on June 11, 2008

DAVID Villa menjadi pemain pertama mencatat hatrik pada Kejohanan Piala Eropah (Euro) 2008 ketika membantu Sepanyol membenam Rusia 4-1 dalam perlawanan sulung Kumpulan D, hari ini.

Ketiga-tiga gol Villa hadir pada minit ke-20, 44 dan 75 untuk membolehkan juara Eropah 1964 itu memulakan langkah dengan aksi positif.

Bintang tengah Arsenal, Cesc Fabregas, yang dibawa masuk menggantikan Fernando Torres pada babak kedua menjaringkan gol keempat, satu minit memasuki masa tambahan untuk gol antarabangsa pertamanya. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , , | 1 Comment »

Rentak samba iringi kemenangan Portugal

Posted by bolasepak on June 8, 2008

PEMAIN pertahanan tengah kelahiran Brazil, Pepe yang memperoleh cap pertama bersama Portugal tujuh bulan lalu, menyuarakan kegembiraannya menjaringkan gol pertama buat Portugal di Euro 2008 kelmarin.

Pepe menjaringkan gol pembukaan selepas sejam perlawanan ketika Portugal menang 2-0 ke atas Turki dalam aksi Kumpulan A di Stade de Geneve.

“Ia adalah sensasi untuk menjaringkan gol pertama buat Portugal,” kata pemain kental berusia 25 tahun itu selepas memenangi cap keempatnya. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Menjelang Euro 2008: Rusia catat kemenangan mudah

Posted by bolasepak on June 6, 2008

RUSSIA mengejar selepas ketinggalan sebelum menewaskan Lithuania 4-1 kelmarin dalam perlawanan pemanas badan terakhir mereka sebelum bermula Kejohanan Eropah.

Konstatin Zyryanov, Andrei Arshavin, Roman Pavluchenko dan Vladimir Bystrov masing-masing menjaringkan gol untuk mengatasi jaringan Mantas Savenas buat Lithuania pada pertengahan babak pertama.

Pasukan itu kemudiannya meninggalkan Jerman untuk ke pangkalan mereka di kawasan Alpine Austria, Leogang. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »