Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kedah temu Perlis final Piala Emas Raja-Raja

Posted by bolasepak on December 20, 2009

KEDAH melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja selepas menyingkirkan Singapura 2-1 (agregat 3-2) dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman di sini malam semalam.

Kedah membuka jaringan pada minit ke-27 permainan menerusi sepakan MohdFaizal Abu Bakar dari dalam kawasan penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Singapura, Roswadi Kamis.

Bagaimanapun, pasukan pelawat bangkit melawan dan berhasil mendapatkan gol penyamaan setelah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-41 yang disempurnakan oleh Dalis Supait.

Apabila permainan disambung pada babak kedua, Kedah yang menerima sokonganpadu kira-kira 10,000 penyokong terus melancarkan serangan ke kubu lawan danFaizal muncul wira pasukan apabila sekali lagi menjaringkan gol iaitu pada minit ke-82 untuk tuan rumah kembali mendahului.

Kedah akan bertemu Perlis yang terlebih dahulu mengatasi Johor 3-0 dalam perlawanan akhir pada 26 Disember ini di Alor Setar.

Keputusan perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja LIVE

4 Responses to “Kedah temu Perlis final Piala Emas Raja-Raja”

  1. RONALDO_09 said

    saya berharap agar RTM membawa siaran langsung perlawanan akhir PIALA RAJA-RAJA EMAS diantara KEDAH vs PERLIS nanti

  2. hua... said

    saya rasa kedah menang dalam piala emas diraja-raja…………………..

  3. Pak ya said

    Perlawanan Piala Emas Raja-Raja yang tidak mendapat tumpuan media setakat ini….
    Pihak media kini memberi tumpuan pertemuan dua juara bertahan liga super dan piala malaysia selangor dan n9 dalam sumbangsih awal januari depan…

  4. akuu123 said

    PAK YA SAYA SOKONG PAK YA K

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: