Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Mourinho, Beckham kembali ke kelab lama

Posted by bolasepak on December 19, 2009

PASTI SENGIT.. Itulah gambaran undian pusingan kedua (kalah mati) Liga Juara-Juara Eropah apabila dua kelab gergasi terbaik England dan Itali bertemu sesama sendiri pada perlawanan yang dijadualkan pertengahan Februari depan.

Naib juara musim lalu yang kini menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan berdepan juara 2006, AC Milan yang juga berada di tangga kedua Liga Serie A Itali.

Manakala finalis musim 2007/2008, Chelsea yang kini berada di persada EPL berdepan ujian getir menentang pendahulu Serie A, Inter Milan.

Menariknya pertemua Chelsea-Inter Milan bakal menemukan bekas pengurus skuad The Blues, Jose Mourinho yang kini membimbing juara Liga Itali itu.

Selain itu bekas bintang Manchester United, David Beckham yang kini menyarung jersi AC Milan secara pinjaman bakal kembali ke Old Trafford untuk menghadapi kelab lamanya.

“Sudah tujuh tahun berlalu dan saya mahu ia berlaku. Saya menentang Manchester United? Bukankah ia sesuatu yang hebat?” kata Beckham.

Sementara itu juara bertahan, Barcelona dijangka tidak menghadapi kesukaran untuk melepasi pusingan kedua apabila diundi menentang wakil Jerman VfB Stuttgart manakala satu lagi kelab dari England, Arsenal berdepan wakil Portugal, Porto.

Keputusan Penuh Undian

One Response to “Mourinho, Beckham kembali ke kelab lama”

  1. chelsea ttp menang bh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: