Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Chelsea menang tipis ke atas United

Posted by bolasepak on November 9, 2009

Liga Perdana Inggeris 2009/10: Chelsea vs Manchester United, 8 Nov 2009CHELSEA mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas musuh ketatnya, Manchester United di Stamford Bridge awal pagi ini.

Gol kemenangan Chelsea diperoleh pada babak kedua menerusi ketua pasukan, John Terry yang menanduk masuk sepakan percuma Frank Lampard pada minit ke-76. Keputusan itu bermakna United kini ketinggalan lima mata di belakang Chelsea yang mengumpul 30 mata selepas 12 perlawanan liga.

United berkongsi 25 mata dengan Arsenal, namun kelebihan jaringan gol memihak skuad The Gunners untuk mendaki ke tangga kedua. Arsenal turut memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Dalam pada itu pengurus United, Sir Alex Ferguson mengakui anak buahnya kini berhadapan misi sukar untuk merapatkan jurang mata dengan Chelsea yang dilihat semakin yakin untuk merampas kejuaraan liga, sementara Ancelotti pula kini melihat Arsenal sebagai pencabar utama mereka.

Selepas tiga bulan membimbing Chelsea, Ancelotti kini semakin disayangi di Stamford Bridge apabila pengurus berbangsa Itali itu sudah berjaya menundukkan dua seteru utama mereka. Sebelum ini Chelsea menang 2-0 ke atas Liverpool, juga dalam perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge.

Hujung bulan, kewibawaan Ancelotti akan benar-benar teruji apabila berjunjung ke Stadium Emirates untuk membuat perhitungan dengan Arsenal, lawan yang kini berada di prestasi terbaik mereka sejak. Jika berjaya, Ancelotti mungkin akan lebih disanjungi berbanding Jose Mourinho, jurulatih yang bertanggungjawab membawa gelaran Liga Perdana Inggeris dua musim berturut-turut ke Stamford Bridge.

One Response to “Chelsea menang tipis ke atas United”

  1. nurul said

    go!manchester united.go!!!manchester united mesti menang.manchaster united kalah buat sementara SAHAJA.mancester united kalah sebab nak sipan tenaga sikit.ADA PAHAM!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: