Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

‘Ombak Merah’ gagal sekat N Sembilan bergelar juara

Posted by bolasepak on November 8, 2009

Final Piala Malaysia 2009: Penyokong Kelantan memehuhi tiga suku kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil.PERANG psikologi sebelum sepak mula final Piala Malaysia 2009, malam tadi jelas milik Kelantan yang mencipta ‘lautan merah’ apabila ribuan penyokong The Red Warriors hampir menguasai segenap pelusuk Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Kehadiran penyokong itu yang merentang kain dan sepanduk dengan kata-kata buat mengapikan semangat pemain Kelantan sebelum menentang Negeri Sembilan mencetus senario penuh berwarna di gelanggang kira-kira empat jam sebelum saingan memburu mahkota kejuaraan itu dimulakan.

Antara kain rentang yang terserlah adalah laungan semangat ‘Gomo Kelate Gomo’, ‘40 tahun menanti Piala Malaysia milik kami’, ‘The Red Warriors… History in the Making’. Turut kelihatan, ‘Piala Malaysia Hok Kito’, ‘Kito anak Kelate’, ‘Wira Merah, Tanah ‘Merah’, ‘Mari puok kito, pakat sokong.’

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa turut dihargai atas kejayaannya membawa Kelantan ke final Piala Malaysia pertama dalam tempoh 39 tahun dengan kain rentang ‘Terima Kasih dan Syabas Tan Sri Presiden KAFA…Jasamu Dikenang’.

Manakala nasihat untuk tidak membawa bendera parti politik ke dalam stadium tidak diendahkan apabila bendera parti kerajaan Kelantan diusung mengelilingi Lautan Merah.

Sementara itu sikap ghairah untuk meraikan penampilan final Piala Malaysia pertama selepas 39 tahun menyaksikan ribuan penyokong Kelantan menyerbu masuk ke stadium sebaik pintu masuk dibuka, petang semalam.

Sebaik pintu merah dibuka pada 4.51 petang, penyokong Kelantan yang mengatasi penyokong Negeri Sembilan dengan nisbah 4:1 berasak-asak memasuki stadium umpama tsunami merah.

Empat pegawai polis yang mengawal pintu pagar itu jelas tidak dapat membendung lagi lautan merah itu sehinggakan pintu pagar hampir dilihat remuk dek tahap kegilaan yang sudah lama tidak disaksikan dalam bola sepak tanah air.

Namun di atas padang, skripnya nyata berbeza apabila Negeri Sembilan tidak mengendahkan gema sorakan padu penyokong Kelantan, sebaliknya tenang menguasai perlawanan dan sebaik pengadil meniup wisel penamat jelas ‘Ombak Kuning’ mengambil alih kegamatan Stadium Bukit Jalil.

Selepas 61 tahun menanti, Negeri Sembilan akhirnya menjulang piala kemegahan bola sepak Malaysia selepas menewaskan Kelantan 3-1 dimulai dengan Shahurain Abu Samah meletakkan Sang Rusa di hadapan pada minit ke-18 separuh masa pertama.

Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang pasukan itu apabila mendapatkan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas tidak sampai seminit permainan separuh masa kedua bermula.

Asakan demi asakan barisan serangan pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan pemain kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-60.

Kelantan yang terus mencari gol selepas itu hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma kapten pasukan mereka, Indra Putra Mahayuddin di hujung perlawanan yang tidak lagi mampu menyekat Negeri Sembilan untuk bergelar JUARA PIALA MALAYSIA 2009!

32 Responses to “‘Ombak Merah’ gagal sekat N Sembilan bergelar juara”

  1. […] ‘Ombak Merah’ gagal sekat N Sembilan bergelar juara […]

  2. Lerock said

    Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Sebahagian petikan ayat 249 surah Al Baqarah)

    Apa-apa pun, hidup kena banyak bersabar. Pertolongan Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik dan sabar.
    🙂

  3. bukan ustaz said

    lerock,

    adakah kamu faham bahawa ayat ni turun untuk perkara ini? yakni perkara bola? penyokong n9 sikit dapat mengalahkan penyokong kelantan yg ramai?

    ayat2 quran x diturunkan untuk hal keduniaan langsung lerock.
    maksud ayat tu adalah org beriman yg besabar yg leh kalahkan org2 kafir… bkn penonton bola… penonton bola blh dikira sebagai org kuat iman ke?

  4. bukan ustaz said

    jgn seleweng ayat quran lerock..
    nanti org yg jahil akan percaya ngan kata2 mu itu.
    sedangkan kamu kaitkan ayat quran dengan bola yg x ada kena mengena langsung pun. bahayerrrrrrrrrrr…

  5. Lerock said

    Politik pun hal dunia. Kenapa boleh digunakan Al Quran? Al Quran diturunkan kepada manusia untuk memakmurkan muka-bumi. Bukankah memakmurkan muka bumi itu untuk dunia juga? Jasad kita ini juga dunia sebab akan ditinggal pergi bila mati. Tetapi kenapa kita guna Al Quran untuk lakukan sesuatu amalan terhadap jasad kita seperti mengambil wuduk, menjauhi arak, zina etc?

    Jangan sempitkan pemikiran. Tiada ayat Al Quran kata tidak boleh guna untuk dunia sebab Al Quran itu diturunkan semasa manusia dunia. Kalau Al Quran itu untuk akhirat semata-mata, masa di akhirat nantilah Allah akan turunkan. Tidakkah manusia itu memikirkan sebelum cepat nak berprasangka buruk?

    Al Quran itu syumul dan boleh digunakan untuk pedoman hidup tidak kira dalam bidang apa sekali pun.

    Di bawa ayat itu untuk membuktikan Kuasa Allah mengizinkan golongan sedikit mengalahkan golongan yang ramai memang benar-benar realistik. Dan bila kita lihat secara realistik perkara itu, akan timbul rasa gerun kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    Bila rasa gerun kepada Allah, takdelah rasa nak jadi penyokong fanatik yang kerjanya nak bergaduh sesama sendiri tidak kira dalam bolasepak ke, berpolitik ke dan lain-lain perkara.

  6. sarah said

    saya sokong ayat2 quran sangat besar maknanya…hanya org berpemikiran sempit aje tak nampak

  7. nak sampuk said

    bg saya xder kaitan lgsg haha..
    ni bkn berperang jihad tu lah, ini main bola jer
    apa daa.. jgn salah parking nas2 dlm al-quran..
    kalaupun tuhan mahu menghukum rakyat kelantan dgn kekalahan
    atas sikap fanatik dan melampau penyokong2nya, itu mungkin benar.
    tp kekalahan ini lgsg tiada kaitan dgn dalil drp ayat Quran d atas..
    Harap faham..

  8. Lerock said

    Al Quran adalah kitab pedoman. Kisah dalam Quran patut dijadikan pedoman sebagai panduan untuk realiti kehidupan. Contohnya, kisah masa perang Uhud di mana tentera Islam masa itu ramai bilangannya. Mereka rasa megah dengan bilangan yang ramai, namum bilangan yang ramai tidak memenangkan mereka, tetapi menyebabkan ramai antara mereka melarikan diri dan bercerai-berai.

    Moralnya yang ingin disampaikan, kuantiti yang ramai, bukan faktor kemenangan. Dan jangan merasa megah dengan bilangan yang ramai, kerana ada Kuasa Yang Maha Hebat lagi. Jadilah manusia yang tunduk merendah diri. Itulah Islam.

  9. Pak ya said

    penyokong kelantan amat mengecewakan….
    siaran secara langsung yang disaksikan seluruh negara tempoh hari amat mengecewakan semua pencinta bola sepak negara…
    emosional, tidak matang dan semangat kenegerian yang melampau membuatkan ramai yang kecewa dengan perlawanan akhir edisi 2009…

  10. pokta said

    come on la,jgn nk tding jari kt pyokong kelntan je…pykong negeri lain pn byk wt hal tp x de kcoh pn…cth kt trgganu,…nk lgi,kt perlis,bas n kreta pyokong klantan di pcahkan..ada media bsing psal 2?
    media ni mmg nk jtuhkan imej ngri Klantan dmi mlariskn jualan brita mreka…jgn krana skap sglintir pyokong,smua pnyokong klantan d labelkn sbgai “gnas”knonnya…FAM ptt brtrima ksih kpd pnyokong klantan yg kmbali mghangatkn bola spak tanah air thn ni..klau x,x rmai yg akn ambl thu prkmbangan bla sepak tnah air..n lstly, tket thn ni abis djual, byangkan btapa mriahnya fnal piala m,sia thn ni…wlaupn,klantan klah d fnal,ttp pncapaian mreka thun ini amat mbanggakn jutaan rakyat yg berada di Kelantan dan luar Kelantan…

  11. bukan ustaz said

    lerock;.

    btl ke statement kau ni lerock… aku makin riasu la.
    sbb org mcm sarah ni akan mudah sngt ngikut kata2 org mcm kau ni.

    1. kau kata klu politik boleh guna quran kenapa benda lain(termasuk bola) x boleh pulak.. aku nak tnya kau, ada x Allah sebut dlm quran pasal bola or penyokong.. klu pasal pentadbiran mmg ada la… jd klu politik kaitkan ngan quran logik la jgk. ni bola, apa logik nya. al-quran sekali-kali tidak diturunkan untuk membincangkan pasal bola n penyokong nyer. kau x leh nak kaitkan quran ngan bola.

    2. statement kau pasal bilangan tentera uhud.. tentera mn yg ramai lerock? cuba kau tnya org yg alim betul2. setahu aku la(klu salah btlkan), tentera kafir lg ramai. masa badar 300 lawan 1000, masa uhud pun sama, 3000 lawan 10 000. setahu aku dlm perang hunain jer jd mcm yg kau ckp ni, 12 000 tentera islam, 4000 tentera musuh. tentera islam yg kalah sbb spt yg kau ckp kat atas tu la, yakin dengan jumlah yg ramai bkn nyer ngan allah.. sebab kekalahan dlm perang uhud pula bkn sebab megah kerana ramai bilangan. TAPI SEBAB TAK IKUT SUNNAH. dlm perang uhud nabi buat strategi dgn meletakkan 50 pemanah kat bukit uhud tuk jaga keselamatan tentera2 islam yg berada kat bawah. nabi arahkan pemanah2 ni jgn turun dr bukit uhud tu wlu apa pun terjadi selagi baginda x arahkan turun. tp pemanah tu ingkar bila dia nampak tentera yg kat bawah tu dah mula membahagikan harta rampasan perang dan menyangka islam dah menang. mereka dah lupa arahan rasullah. masa tu la khalid al-walid yg masih blm islam masa tu amik alih bukit tu dan serang balik tentera islam hingga kalah. BUKAN SEBAB MEGAH NGAN BILANGAN SEDARE LEROCK OIIII.

    3.. bnyk lagi statement kau yg merungsingkan aku.. cthnya pemahaman ttg perbezaan antara benda duniawi atau agama ke tak. tp cukup la aku tulis sikit jer. panjang2 karang takut kau malas nak baca lak.

    p/s: lerock, untuk menafsirkan dan menakwilkan al-quran kita skurang2nya mesti mahir dlm 15 cabang ilmu. antara ilmu itu seperti “asbabun nuzul” -dalam bahasa malaysia maksudnya sebab2 diturunkan ayat,bila kita dah mahir ilmu ini br la kita boleh tau knapa allah turunkan ayat ni, sebab untuk bg semangat kat org2 yg beriman yg ckit ke atau sebab penyokong bola? kita juga perlu mahir dalam tarikhul islam atau sejarah islam dlm bahasa melayu, kisah2 sahabat, bahasa arab, nahu sorof dan bnyk lagi la ilmu2 yg berkaitan..

    wahai lerock yg luas pemikiran nya, kalau kita tafsir alquran ikut pale otak kita sendiri jer, mcm ni la jd nya.. dah la tafsir ikut pemahaman sendiri tanpa rujuk mana2 org arif, tuduh plk org lain sempit pemikiran. org lain bukan sempit pemikiran sedare, tp berhati2 dlm penggunaan ayat quran… takut salah tafsir karang dah berdosa.. kena ada yg ikut tafsiran kita tu plk? lg la tambah dosa kita…kita kena rujuk alim ulama dalam memahami satu2 ayat2 quran lerock sayangggg oiiii.

    DI ULANGI LEROCK- PERTANDINGAN BOLA TAK ADA KENA MENGENA SIKIT PUN NGAN TURUNNYA AYAT QURAN, WLUPUN SEBESAR ZARRAH.

  12. Pak Ya said

    Seluruh negara menjadi saksi aksi kebudakan org tua dan muda penyokong kelantan…
    Aksi yang digelar gedebe tapi memualkan org lain…
    itulah kelantan….

  13. Lerock said

    Bukan ustaz:

    1) Ada Al Quran sebut cara tunai zakat guna sistem online? Kenapa boleh guna pula? Sistem online tu kan dunia? Bukan minda tu sikit. Mana yang Allah tak larang, jangan nak tambah-tambah larang hingga agama jadi sempit.hehe.

    2) Betul cakap ko, bukan perang Uhud, tetapi perang Hunain (rujuk ayat 9.25). Moral yg aku nak sampaikan, jumlah yang banyak tidak memberi manfaat untuk mencapai kemenangan agar kita tidak merasa bangga dengan jumlah yang ramai itu tak kiralah dalam bidang apa sekali pun. Hidup biar low profile.

    3) Jangan pisahkan agama dengan dunia. Patutlah orang Islam sekarang tak maju-maju mindanya. Apa yang kita buat kebaikan di dunia, itu semua untuk akhiratlah. Yang tinggal untuk dunia, jika manusia itu berbuat sesuatu untuk bermegah-megahan, kerana Allah tidak menyukai orang yang berbangga diri. Bukankah memisahkan dunia dan akhirat itu dikatakan sekular?

    p/s: Al Quran adalah pedoman untuk kehidupan. Allah tidak melarang kita nak ambil pedoman Al Quran dalam seluruh kita hidupan kita. Orang Islam sekarang ramai tak tahu aplikasikan pengajaran Quran dalam kehidupan, sebab itu hidup orang Islam sekarang teruk dengan berpecah-belah kerana sikap fanatik. Bukan dalam agama sahaja mereka fanatik, dalam bolasepak pun mereka fanatik.

    Takkanlah nak ajak orang berbuat baik dan melarang kemungkaran dalam bidang bolasepak pun tak boleh? Al Quran itu pedoman macam mana kita nak buat baik dan melarang kemungkaran dalam seluruh kehidupan. Boleh pulak disuku-sukukan penggunaan Al Quran itu. Macam manalah Islam sekarang tak nampak sempit.

  14. Lerock said

    Perpatah berkata, yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan. Maka mana yang baik daripada Al Quran itu, kita jadikanlah pedoman dalam seluruh kehidupan. Adakah nak buat baik dalam seluruh kehidupan hatta dalam bolasepak pun tak boleh guna pengajaran Al Quran? Ayat Al Quran mana yang larang?

    Patutlah yang mengaku Islam itulah yang fanatik dalam bolasepak sebab mereka tak tahu ambil pengajaran baik daripada Al Quran. Dihad-hadnya penggunaan Al Quran dalam kehidupan.

    Jika kita ambil pedoman Al Quran untuk menjauhi perangai fanatik, bukankah itu sudah beri kebaikan dalam kehidupan kita? Takdelah penyokong merusuh dan membakar harta-benda awam. Bayangkan orang Cina dan India yang tengok perlawanan malam tu melihat perangai fanatik orang Islam, macam manalah mereka nak nampak Islam itu suatu yang baik?

    Jangan sempitkan fikiran itu sehingga apa yang Al Quran tak larang, dilarang-larangnya tanpa sebab. Bukannya kita guna Al Quran itu suruh manusia jadi fanatik dalam bolasepak pun, tapi hanya nak menyedarkan sesama kita agar berbuat baik dalam bidang apa sekali pun. Itu pun tak boleh ke?

  15. Anti-Fanatik said

    Tul tu…bygkan masa penyokong fanatik tu merusuh & membakar, ade anak2 kita terbunuh, kita gak yg marah. Tapi bila ade org guna ayat Quran nak nasihat kita supaya bersabar, ade pulak yg kata takleh pakai sbb tu urusan bolasepak.

    Allah tu perhatikan perbuatan manusia bukan masa kat masjid aje, kat stadium pun Dia perhatikan. Jadi apa rasional mereka tak bagi guna pengajaran Quran dlm seluruh kehidupan agar kita jadi insan yang sabar. Macamlah Allah tu ada kat masjid aje.

    Bila kita tahu ambil pengajaran Quran dlm kehidupan, takdelah kita jadi manusia yg hanya bersopan masa kat masjid, dan jadi setan masa kat stadium.

    Bukak minda tu dan berfikiran panjang segala kemungkinan yang berlaku akibat perangai fanatik tu. Jangan hidup pikir diri sendiri aje, fikirlah keselamatan orang lain sama. Jangan jadi jumud tak tentu pasal. Tu yg membawa kepada fanatik.

  16. nak sampuk said

    kpd saudara lerock,

    harap anda paham yang main bola ialah PEMAIN, bukan PENYOKONG..
    anda ingin memberi contoh drp ayat drp Al-Quaran tp tidak kena pada tempatnya..
    Pasukan yg dpt mengawal emosi tidak akn sesekali terganggu dgn karenah penyokongnya.
    yg ramai ialah penyokong kelantan, bilangan pemain tetap sama bg kedua2 pasukan..
    jd tidak timbul soal yg sedikit dpt tewaskan yg ramai. n9 tetap boleh menang walau tanpa seorang penyokong pn yg dtg ke stadium.. sbb itu takdir drp Allah(kemenangan kpd n9)..
    mmg benar dakwaan anda yg kalu seseorang itu menghayati Al-Quran, dia tidak akan menjadi seperti ‘segelintir’ penyokong kelantan yg super fanatik & spt tidak boleh menerima hakikat..
    tetapi tindakan anda menggunakan ayat al-quran hanya kerana permainan bola sepak adalah tidak tepat dan seolah-olah menghina seluruh rakyat kelantan. Wassalam..

  17. bukan ustaz said

    le rockkkkkk.. le rock!

    ikutkan malas dah aku nak jwab statement kau kat atas ni. karang klu aku jawab kang, bnyk plk jawapan kau nanti.. tp nengokkan kau makin jauh dah kau lari dari topik perbincangan kau dlm statement no 2 kau yg guna ayat quran kat atas tu, rasa nak menulis la plk…

    skrg aku nak tnya kau, kau nak ckp pasal apa? pasal tafsir ayat quran ttg bilangan sikit kalahkan bilangan ramai tu keeeerrr atau pasal fanatik, merusuh n holligan tu? klu pasal buat kacau kat stadium tu aku pun setuju ngan kau.. aku pun anti n benci merusuh, pembuat kacau, penjahanam harta org awam, anti samseng n ‘gedebe’ ni lerock oiii..

    klu pasal tafsir ayat quran tu nak la aku berkongsi pendapat n bincang ngan kau.. aku nyampuk tulisan kau tu sbb kau tafsir ayat quran tu mcm tu.. bkn pasal fanatik ke, fikiran sempit luas ke jumud ke apa. faham x? stakat yg aku tau la, kita nak tafsir quran ni kena ikut rule dia, bkn nyer leh tafsir ikut logik akal kita.. kau tafsir kat atas tu nmpk mcm logik n btl tp x ikut rule dia tau…tp ikut logik akal..

    mcm mn aku nak terangkan kat kau hah? mudah2an kau faham ek?
    mungkin citer sahabat ni leh memahami kau kot.. mudah2an la…

    “di zaman sahabat berlaku 1 peperangan antara org mukmin dgn org kafir. apa nama peperangan tu aku lupa dah. klu nak tahu leh refer ngan mufassirin n ahli sejarah islam or ahli sunnah. maaf la, al maklum la aku ni bukan ustaz, x alim n berfikiran terbuka mcm kau, so information ni bnyk yg lose.

    baik, citer pasal peperangan td, peperangan tu disertai oleh sahabat dan jg tabein. salah sorang sahabat dlm peperangan tu ialah abu ayoub al ansori..kenal x lerock sahabat nabi yg sorang ni?..semasa peperangan sedang berkecamuk,salah seorg sahabat lain terus menyerbu kedalam kumpulan pihak musuh secara sendirian. melihat hal ini ada dikalangan tabein berkata, “orang itu telah menjatuhkan dirinya kedalam kebinasaan” sambil merujuk pada ayat quran ssurah baqarah ayat 195… jgn la kamu mencampakkan diri kamu kedalam kebinasaan…
    abu ayub yg mendengar kata2 itu terus bgn dah berkata, “adakah kamu memahami dan menakwilkan ayat itu begini? sedangkan ayat itu diturunkan mengenai kami”. peristiwanya adalah spt berikut: Ketika org2 islam mulai berjaya n banyak org menjadi pembantu(pejuang) agama dikalangan kami. yaitu dikalangan org2 ansar timbul pemikiran bahawa allah swt telah memberi kemenangan kepada islam dan bnyk org sudah siap untuk menjadi pembantu(pejuang)islam. sedangkan harta dan ladang kita yg sudah lama tidak mendapat perhatian dan kini telah rosak. skarang tibalah saatnya tuk memberi perhatian dan memperbaiki keadaan nya. atas peristiwa inilah ayat ini diturunkan. dan kebinasaan disini berkaitan dengan kesibukan memperbaiki harta miliknya dan meninggalkan jihad(kitab dure mansur-bab fadilat sedekah).

    so apa yg blh kita amik instinbat(pengajaran) dr ayat dan peristiwa ini lerock? tentu bnyk kan?

    1. klu nak tafsir quran jgn ikut pale otak kitaaaaa jer. kena la faham maksud ayat tu diturunkan, kena la jgk blajar dl ilmu2 penafsiran ni, termasuk jgk kena faham ilmu bhasa sekali..

    2. jgn la cepat tuduh org yg menegur kita tu dengan pemikiran sempit ke, kolot ke, jumud ke, meghadkan penafsiran quran ke. x tau aplikasi ayat quran ke dsbg… lerock, klu aku yg menegur ni kau tuduh berfikiran sempit, bgimna pula dgn sahabat abu ayoub al-ansori ni yg terus melarang tabeein tu menafsirkan ayat quran tu mcm tu dan beliau sendiri menafsirkan hanya spt yg dia ckp kat atas tu jer?.. walhal yg ditafsir tu adalah berkaitan dgn berjihad dijalan allah, benda baik. bukan menafsirkan quran dengan penyokong bola yg mn penyokong ckit mengalahkan penyokong ramai.. adakah kita nak kata abu ayob tu spt yg kau dakwa dlm statement kau yg kat no 13 dan 14 tu lerock?

    3. pengajaran lain dr ayat dan peristiwa diatas tu kau pikir sendiri la ya.
    aku harap cerita sahabat td tu leh menjawab segala apa yg kau tuduh kat aku kat atas dlm statement no 13 dan 14 tu.

    lerock,
    xtau la saper yg berfikiran sempit n fanatik skarang ni lerock oiii… aku yg dituduh ke atau org yg menuduh aku.
    tuduh la lerock oiii apa pun yg kau nak tuduh. befikiran sempit ke.. fanatik ke..jumud ke..apa ke… terpulang kat kau la.

    x guna aku duk berbalas2 statement ngan kau lg dah… dah bnyk fakta kau yg salah pun kau masiiiiiih nak tegakkan jgk penafsiran quran ikut suka hati kau tu.

    apa2 pun aku minta maaf la buat kau dah emosi sampai statement kau dah berbaur politik n kenegerian dah ckit tu. Yg bg aku kau la yg sebenarnya yg fanatik ngan pendapat kau jer. jgn anti satu2 kaum or puak tu kerana segelintir dr kaum tu wat jahat ya lerock ya. etc,puak quraisy, ada nabi muhammad saw, abu bakar, omar, osman… ada jgk abu jahal, abu lahab, abdullah bin ubai… nak wat mcm mn dah allah cipta manusia tu gitu. x kan kita nak salahkan allah cipta gitu plk kan… bkn nabi mohd n sahabat2 x usahakn mereka suh berkelakuan baik, jgn fanatik, jgn merosak harta benda awam semua skali. tp dah set2 tu degil jgk… nak holigan jgk, nak wat mcm mn? xkan nak bunuh kot. btl x lerock? sama la ngan penyokong bola pun… bkn x nasihat, dah nasihat dah.. dah berbuih mulut dah pun.. dah deme tu nak buat jgk, nak wat mcm mn? so jgn la anti negeri lain yer lerock, boleh? anti perusuh xper, i sokong u.

    aku bkn apa, klu bab penyokong bola yg wat kacau kat stadium ni aku pun sokong ngan pendapat kau, sokong 1000%. mmg menyusahkan org lain, mencemarkan nama baik org lain. tp apa boleh buat..

    ANTI-FANATIK.
    salam alaikum sedara.
    sebelum nak mencelah n bg komen tu bc statement kat atas dl blh x? statement no 2 yg lerock tulis tu.
    lps bc elok2 faham tak apa yg aku ngan lerock duk berbincang n bertukar2 pendapat ni?
    pasal fanatik ke, pasal perusuh di stadium ker, ke pasal penafsiran quran ikut logik akal n suka kita jer?
    jgn cpt nak melatah n tuduh org jumud fantik dan sbgnya la sedara. aku harap kau pun bc statement aku yg aku tulis berjela2 kat atas tu.

    ok la semua, panjang dah aku menulis ni.

    p/s: aku minta la, lerock ke, anti-fanatik ke, pembaca2 lain ker, jgn la kerana segelintir kaum yg wat onar kau org terus membenci seluruh kaum tu. dah di takdirkan tuhan set2 holigan ni lahir dlm kaum tu, nak wat mcm mn kan… nak tnya pendapat u all, klu la set2 holigan ni ditakdirkan lahir dr kaum kau org plk, lps tu kami plk yg pakat2 anti kaum kau org? n kata mcm2, apa perasaan kau?

    lerock…
    maybe ni last dah aku menulis ni.
    lps ni x menulis dah kot.
    aku mintak maaf bnyk2 yer klu terkasar bahasa.
    klu kau x puas ati ngan statement aku ni kau jawab la apa yg kau nak jawab. aku rs x nak jawab blk lagi dah.. aku takut perbincangan ni bertukar menjadi perdebatan memandangkan statement kau yg semakin emosi tu.

    P/S: NABI BERSABDA YG MAFHUM NYER LEBIH KURANG,”NABI TNYA KAT PARA SAHABAT, SAPA YG NAK AKU JAMIN UNTUK DIA SEBUAH KOTA DITENGAH2 SYURGA? SAHABAT MENJAWAB SEMUA KAMI NAK YA RASULULLAH. NABI SERAYA BERKATA, TINGGALKANLAH OLEHMU PERDEBATAN, AKU AKAN JAMIN UNTUK MU SEBUAH KOTA DITENGAH2 SYURGA…. so u all x nak ke, aku nakkkk..

    ok byeee

  18. Lerock said

    Nak sampuk; yg rasa terhina itu adalah pendapat anda sendiri yang tidak boleh terima ayat Al Quran yang disampaikan oleh orang lain. Anda melarang, sedangkan anda sendiri tidak dapat bawakan ayat Al Quran mana yang melarang ia dijadikan pedoman dalam seluruh kehidupan. Jadi anda melarang guna apa? Nafsu?

    Padahal kalau ikut komen pertama aku dalam topik ni, aku hanya tekankan supaya bersabar dan berbuat baik sahaja. Supaya pihak yang menang bersabar dgn kemenangan mereka (tidak ghairah dan berbangga diri) dan yang kalah bersabar dengan kekalahan mereka (tidak mengamuk dan berputus asa), sesuai dengan surah Al Ashr yang menyuruh kita berpesan-pesan kepada kesabaran. Tiada tulisan aku menghina mana-mana pihak pun.

    Cuba-cubalah bawa membaca dengan tenang dan sabar biar mesej yang ingin disampai difahami. Jangan ikut bisikan syaitan yang kata Al Quran itu menghina rakyat Kelantan. Kenapa hidup suka bersangka buruk? Bila diajak bersabar, mereka pergi buat tafsiran sendiri kononnya ayat Al Quran itu menghina seluruh rakyat Kelantan. Takde rasional langsung dalam membuat tafsiran. Mereka tafsir tulis aku ikut nafsu dan kepala otak mereka, bolehlah pulak?

    Agak-agaknya komentater yang hangin bila aku berpesan pada kesabaran itu jenis manusia yang tidak boleh bersabar dan cepat terasa terhina dengan sesuatu ayat Al Quran. Patutlah mereka marah sangat aku bawa ayat Al Quran tu. Padahal aku hanya tekankan supaya kita jadi orang yang sabar seperti ayat yang dibawa itu.

    Seluruh kehidupan kita perlu bersabar kalau nak berjaya. Jadi, apa rasionalnya mereka tidak bagi guna ayat Al Quran dalam bidang kehidupan? Gara-gara tak tahu nak aplikasikan pengajaran Al Quran dalam kehidupan, sebab itulah umat Islam sekarang jadi golongan yang ketinggalan dalam bidang ilmu pada hari ini yang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendalaminya. Pemikiran mereka sempit dan jumud.

    Orang yang melarang pengajaran Al Quran digunakan untuk seluruh kehidupan, bukankah itu golongan yang sempit fikirannya? Sudahlah mereka tak bawa bukti ayat Allah mana yang melarang, mereka main larang ikut nafsu sahaja (tanpa bukti sandaran yang kuat).

    Kita nak ajak manusia bersabar pun tak boleh? Yang cepat rasa terhina tu kenapa? Tak tahu bezakan apa itu bersabar dengan menghina?

    p/s: Baca balik komen pertama aku tu, ada aku hina mana-mana pihak? Adakah ajakan bersabar dalam seluruh kehidupan itu dikatakan menghina? Jangan cepat menurut rasa.

  19. nak sampuk said

    Salam saudara lerock.

    Harap ko baca komen Bukan Ustaz di atas biar bg paham yer. Kitorang bkn mengatakan tafsir al-quran tidak boleh diaplikasikan ke dlm kehidupan seharian spt permainan bola sepak. Malah semua cara hidup kita mesti beracuan kn al_quran.. satu lagi, mengganggap org lain silap faham adalah satu silap faham yg paling besar.. terima kasih ustaz lerock

  20. bukan ustaz said

    nak sampuk.

    pg td kawe doh tulis doh nak jawab semo gapo hok lerock kato dlm statement dia di no 18 tuh. sygnya laptop teroff plakkk.. huk aloh laaa.. tulis panje2 bukan main lg. siap ngan quran hadis lg nak jawab soklan dia ‘apa rasionalnya xleh guna quran dlm seluruh kehidupan'(konon2 kehidupan hok tuhe suruh la bola ni) ngan soklan dia mana dalil hok kato xleh guna quran pd dlm bab bola nih. maybe Allah x bg kawe duk bbadi jjawab gi mari ngan dia kot. hok tu Allah takdir gitu tuh.
    kawe pun janji malas nulis dah sebenarnyo.

    demo pun kawe raso xpayoh la duk badi jawab ngan dia jgk. kawe raso org jenis gini ni xsir terima pendapat ore nih. jenih kerah keng ore kelate kato. x kiro la salah ko btl ko nak ikut erae diooooo jah.
    klu demo nak tahu ‘Nak sampuk’, kawe sengih sore bc statement dia di no 5, 8, 13, 14 dan 18. napok sngt dia ni staro mn ore nyo. tu kawe budok kapung ulu jeli hok jahil baca tuh. dak ustaz2 lg tuh.
    so kawe raso klu kito duk ttengking ngan ore gini pun xdok guna gok. wat rosok iman kito jah.
    baik bui ko dio jah ‘Nak sampuk’ wei. mugo kito royak, royak doh. dia nak kupas, takwil, tafsir quran gitu jgk gak biar dio tanggung la seksok. kito ni, doh la perkaro lagho(lalai)gi tengok bola tu kito buat doh, nak tambah dosa ngan tafsir quran kok sir kok dan plk… hemmm… ko guano demo kato?

  21. bukan ustaz said

    Nak sampuk,
    demo tengok pkl brapo dio nulis statement dia hok no 8 ngan no 18 tuh.
    pukul 4 pagi guuuu.. semato2 nak menegakkan pendapat gong dia tuh. sanggup jago mlm tuuu. hahaha.. pah demo nak main lagu mano nga dia, nak debbea lg demo? halim napi x ddebbea staro tu. gedebe2 dia pun, takut jgk dio nak tafsir quran koksir2 nih.

  22. Lerock said

    Salam Nak sampuk

    Apa-apa pun kembali kepada komen pertama aku dalam topik ini. Point yang aku nak tekankan, supaya kita ambil iktibar daripada Al Quran dalam seluruh kehidupan agar kita hidup dalam keadaan bersabar dan berbuat baik. Baik yang menang mahu pun yang kalah, sama-sama kena sabar, sebab kita semua adalah manusia yang tinggi martabatnya berbanding beruk.

    Tiada statement aku nak hina mana-mana pihak. Jika ada yang terasa, itu perasaannya sendiri kerana cepat terasa dengan komen yang umum. Apabila komen pertama aku itu disalah-faham, itu yang jadi macam-macam. Bila mereka telah tersalah faham komen pertama aku, mereka juga yang malu.

    Jadi, bawa2lah belajar mengawal emosi dalam membaca sesuatu komen yang disampaikan secara umum mengajak kita jadi golongan yang sabar. Jangan buat penilaian ikut nafsu sendiri.

    Bolasepak sebahagian daripada kehidupan kita. Maka kita kena ambil iktibar dan pedoman yang terbaik agar jadi seorang pengurus, pemain atau penyokong bolasepak yang matang dan sabar orangnya. Barulah kualiti bolasepak negara akan meningkat.

  23. Lerock said

    Manusia yang tidak matang fikirannya, akan meniru perangai beruk. Jadi, tidak kira apa jua bidang kehidupan, kalau manusia itu tidak matang fikirannya, pasti mereka akan jadi seperti beruk itu. Sebab itu kita patut ambil pedoman baik dalam Al Quran untuk seluruh kehidupan agar tidak jadi seperti beruk.

    Sabar membawa kepada kematangan fikiran kerana orang yang sabar, mereka akan berfikir panjang dahulu sebelum bertindak. Jadi, tiadalah mereka cepat bersangka buruk dengan statement pertama aku itu yang hanya mengajak kita jadi golongan yang sabar.

    Apabila manusia itu cepat bersangka buruk dan tersilap dalam membuat penilaian, maka nak cover malu, nanti mereka akan tiru perangai beruk itu.🙂

  24. JaMaL Pak TongKoL said

    alahai x abis2 lg ke cite pasal bola…
    buat ape lah peningkan kepala. yang menang dh menang yg kalah dh kalah tu pon mau bising lagi ker…ko orang bukan dapat habuan pon
    tunggu tahun depan pulak.. lepas tu leh sembang lagi pasal bola malaysia…ALL GOBLOKKK

  25. JaMaL Pak TongKoL said

    paling mudah aku bagi contoh…
    macam main judi lah kalau ko bawa modal hanye RM50 tapi sebab ko ada ada luck ko menang RM500. Berbanding kawan ko yang xde luck tu bawa RM500 tapi kalah tinggal RM5 sb ari tu bukan nasib dia… semuanye bergantung pada NASIB la… goblokkkkkkkk

  26. Lerock said

    Benar, judi tu hanya bergantung pada nasib. Sebab tu Al Quran melarang berjudi.

    Tetapi bolasepak, takkan nak disamakan dengan perjudian? Sebab manusia masih boleh berusaha untuk persiapkan mental dan fizikal. Ada pasukan, hanya tekankan persediaan fizikal, tetapi bab mental, mereka lemah. Ada pasukan berjaya persiapkan mental dan fizikal. Jadi, mana-mana pasukan yang berusaha lebih, mereka layak dapat kemenangan. Begitulah sifirnya, bukannya hanya bergantung pada nasib sahaja macam orang berjudi itu.
    🙂

  27. JaMaL Pak TongKoL said

    sukan bola sepak pon kira berjudi jugak…mempertaruhkan 22 org pemain lpas tu kejor bola yang satu…sape yg dpt gol melebihi pasukan lawan di kira pemenang….berjudi la org panggil tu.
    x semesti nye pasukan yg kuat boleh menang dgn pasukan yg lemah…contoh Real Madrid boleh kalah dengan pasukan yg lemah..x kan ko nk kate pasukan r.madrid tu lemah mental/lemah fizikal sdangkan dia mempunyai pemain yg terbaik di dunia…ko kena percaya faktor NASIB laaaaa..Sb faktor nasib adalah benda yg rapat dalam kehidupan seharian manusia.. Understanddddddd

  28. Lerock said

    Kalo ada yang bertaruh pasukan mana yang menang dalam sesuatu perlawanan sedangkan dia hanyalah penonton sahaja, barulah boleh dikatakan berjudi, sebab orang yang bertaruh tu hanya bersandarkan pada nasib sesuatu pasukan.

    Tetapi kalau pasukan yang bertanding itu, takkanlah nak kira berjudi juga sebab mereka masih boleh berusaha semaksimum mungkin untuk menang. Lepas berusaha, barulah boleh tawakal. Samalah dalam peperangan, takkan nak kata yang berperang itu berjudi kerana mempertaruhkan nyawa masing-masing?

    Lainlah game bolasepak itu diistiharkan untuk perjudian seperti lumba kuda, agar para penonton pertaruhkan wang untuk pilih pasukan mana yang menang atau kalah.

  29. sara said

    ape pon tetap sokong lerock..lantak la org lain nak kata apa..hahaah jamal pak tongkol anda ada mesen uji tahap kehebatan org ker ?hebat!saya mahu jugak!imam tak tentu masok syurga tak payah la nak sebok nak pertikaikan hal2 nih..korang pon belom tentu betol..ape pon hidup n9…penyokong kelantan sila kumpul derma bagi bantu pasukan anda bayar denda

  30. JaMaL Pak TongKoL said

    sb engko pon x betol…
    aku memang xbetol..hu
    sokong lerrr lerock ko tu…
    den x kisah pon janji ko berdua bahagioo..
    Nasib Nasib golongan yang x percaya akan Qadak dan Qadar…

  31. JaMaL Pak TongKoL said

    ok la mintak mahap la no kalau ado salah den di ruangan ini…
    nak layan ko orang pon bkn dapet pekdah pon…wat abis ko boreh joo
    bye…hu
    wassalam

  32. Lerock said

    Cam majuk jer bunyinyer Pak Jamal…releks le brader…hidup kita gurau-gurauan…hidup tidak susah orang…mana yang timbul mna tenggelam…walau cara tak serupa…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: