Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Memburu impian Juara Piala Malaysia 2009

Posted by bolasepak on November 7, 2009

Final Piala Malaysia 2009: Kelantan vs Negeri Sembilan - 7 Nov 2009

KELANTAN dan Negeri Sembilan akan berentap di pentas Final Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini dengan berbekalkan semangat, kekuatan mental dan sokongan padu penyokong serta peminat setia masing-masing untuk menjulang trofi berprestij itu.

Kejohanan bola sepak terulung di Malaysia itu kini mencapai usia 88 tahun dan pertembungan Kelantan-Negeri Sembilan malam ini adalah antara 10 aksi final paling dramatik yang dirasai sehingga terlalu sukar untuk membuat ramalan siapakah antara dua pasukan itu bakal mengucup piala berprestij tersebut.

Demi mengurangkan tekanan pasukan malah mengelak daripada termakan ‘cakap besar’ sendiri, kedua-dua jurulatih Kelantan dan Negeri Sembilan ini hanya memilih jalan selamat dan cukup berhati-hati dengan kenyataan masing-masing.

Ketika ramalan bergelar juara begitu popular terarah ke Kelantan, Sathianathan bingkas menyangkalnya dengan mengingatkan bahawa rekod empat pertemuan mereka musim ini, lebih menyebelahi Si Rusa malah ramai yang tidak memberikan harapan kepada anak buahnya sebelum ini.

“Tiba-tiba sahaja kami dijadikan pilihan bergelar juara. Dulu ada yang tidak berikan harapan langsung pun. Saya sendiri tidak menganggap Kelantan pilihan kerana dengan 10 perlawanan tanpa kalah dan tiga kali menang dengan kami, siapa yang lebih berhak?”

Apabila diajukan dengan rekod tanpa kalah sepanjang 10 perlawanan Piala Malaysia yang mampu mewajarkan label pilihan buat Negeri Sembilan, Wan Jamak pula menjawab: “Setiap perlawanan berbeza rentak dan suasana persaingannya. Keputusan lalu sudah tidak bermakna.

Bagi Indra Putra Mahayuddin yang juga ketua pasukan Wira Merah mengakui, dia sudah melontar jauh-jauh memori pahit perlawanan akhir Piala FA malah yakin dapat menunaikan tanggungjawab yang sama jika ia masih berulang kali ini di depan ‘Lautan Merah’ penyokong mereka di Bukit Jalil.

Rezal Zambery Yahya, ketua pasukan Negeri Sembilan pula mengidam satu lagi gelaran untuk dibanggakan dalam kariernya selepas membantu Johor menjulang Piala FA 1998 dengan menewaskan Sabah 1-0 sekali gus menebus kehampaan bersama Si Rusa yang ditewaskan Perlis 1-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2006.

Sama-sama kita saksikan pertembungan kemuncak 8.45 malam ini bagi mengakhiri debaran siapa layak dinobat pasukan terbaik Piala Malaysia 2009.

One Response to “Memburu impian Juara Piala Malaysia 2009”

  1. […] Memburu impian Juara Piala Malaysia 2009 […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: