Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Chelsea, Man United ke pusingan kalah mati

Posted by bolasepak on November 4, 2009

Didier Drogba - Chelsea vs Atletico, Liga Juara Eropah 2009.AC Milan, Real Madrid terikat 1-1

DUA kelab gergasi England, Chelsea dan Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk memempah tiket ke pusingan kalah mati pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Juara Perancis, Bordeaux juga turut mara ke fasa kalah mati 16 pasukan terbaik kejohanan musim ini selepas mencatat kemenangan mengejut ke atas kelab gergasi Jerman, Bayern Munich di gelanggang lawan, begitu juga juara Portugal, FC Porto turut mara hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas APOEL Nicosia.

Bagaimanapun, kelab Jerman, Bayern Munich masih belum selesa untuk mara selepas tewas mengejut 0-2 kepada wakil Perancis, Bordeaux di gelanggang sendiri dalam aksi kumpulan A.

Chelsea yang ketinggalan 1-0, bangkit cemerlang untuk mencatat seri 2-2 dengan Atletico Madrid. Kedua-dua gol Chelsea dijaringkan Didier Drogba.

“Ia permainan yang baik tapi kami kecewa kerana tidak dapat mencatat kemenangan di sini,” kata Drogba.

United juga ketinggalan 3-1 terhadap CSKA Moscow di Old Trafford sebelum memperoleh dua jaringan lewat untuk memaksa perlawanan berkesudahan seri 3-3.

Bagi kumpulan C, AC Milan dan Real Madrid yang dianggap saingan paling kuat, pertembungan kedua-dua pasukan di San Siro menyaksikan kedudukan terikat 1-1 hingga tamat perlawanan, manakala Marseille dalam kumpulan sama menewaskan FC Zurich 6-1 bagi merapatkan jurang mata dua kelab teratas kumpulan.

Milan dan Real bertembung di San Siro, dengan kedua-dua jaringan pada separuh mata pertama. Karim Benzema memperoleh gol pertamanya dalam tujuh perlawanan, sebelum Milan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Ronaldinho.

Keputusan Perlawanan Liga Juara Eropah
Keputusan Penuh Liga Juara Eropah

One Response to “Chelsea, Man United ke pusingan kalah mati”

  1. farihin said

    mu nanti boleh kalahkan acmilan/………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: