Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

AC Milan, Real Madrid sambung permusuhan

Posted by bolasepak on November 3, 2009

Liga Juara EropahSAINGAN Liga Juara-Juara Eropah kembali bersambung hari ini (awal pagi esok) dengan dua kelab gergasi Eropah, AC Milan dan Real Madrid sekali lagi mencuri tumpuan selepas aksi dua minggu lalu di Santiago Bernabeu memihak kepada Milan.

Real Madrid perlu memulihkan prestasi mereka selepas beraksi hambar dan tersingkir dari saingan Piala Raja Sepanyol, jika mahu menjinakkan AC Milan di San Siro, hari ini.

Kedua-dua pasukan sudah mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan tetapi Real akan beraksi tanpa pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo yang belum pulih daripada kecederaan buku lali.

Pemain tengah veteran, Guti juga bakal terlepas perlawanan selepas bertelagah dengan jurulatih, Manuel Pellegrini ketika pasukan itu diaibkan 4-0 oleh kelab divisyen tiga, Alcorcon dalam saingan Piala Raja Sepanyol, minggu lalu.

Milan, yang memulakan musim dengan buruk, termasuk dimalukan 1-0 oleh FC Zurich di tempat sendiri dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara, semakin mengukuhkan kedudukan.

Kemenangan cemerlang 3-2 ke atas Real di Madrid, menjadi penyuntik semangat buat skuad bimbingan Leonardo itu, ditambah dengan rekod mengharungi tujuh perlawanan tanpa kalah.

Dua wakil England, Chelsea dan manchester United turut beraksi hari ini dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu semakin menghampiri saingan kalah mati selepas mencatat kemenangan 100 peratus daripada tiga perlawanan.

Chelsea akan berkunjung ke Atletico Madrid selepas mencatat kemenangan 4-0 dalam aksi di Stamford Bridge dua minggu lalu.

Manakala United turut mengintai peluang ke peringkat seterusnya selepas turut mencatat kemenangan 100 peratus, tambahan pula mereka beraksi menentang kelab Rusia, CSKA Moscow di gelanggang sendiri hari ini.

Jadual Liga Juara-Juara Eropah
Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: