Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Piala Carling: Arsenal sekat Liverpool, Chelsea mara

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Carling CupBARISAN pemain muda Arsenal mencipta keunggulan apabila menundukkan Liverpool 2-1 pada saingan Piala Liga Inggeris (Carling Cup), awal pagi tadi.

Sementara Chelsea dan Manchester City menang dengan lawan masing-masing untuk mara ke pusingan suku akhir.

Penyerang remaja Arsenal, Fran Merida memberikan gol pembukaan pada minit ke-19 untuk menggegarkan Stadium Emirates.

Berusia 19 tahun dan bekas pemain Barcelona itu melakukan gerakan cantik sebelum membolosi gol Liverpool.

Emiliano Insua pula menyamakan kedudukan pada minit ke-26 dan menjadi gol pertamanya untuk Liverpool menerusi tendangan volley pada jarak 25 ela.

Namun Nicklas Bendtner, 21, meledak gol pada minit ke-50 untuk membawa Arsenal layak ke suku akhir.

Chelsea vs Bolton - Carling Cup 2009/2010Sementara itu, Chelsea menang selesa ke atas Bolton 4-0 meskipun tanpa pemain utama seperti John Terry, Frank Lampard dan Petr Cech.

Gol pada separuh masa pertama Chelsea menerusi Salomon Kalou dan Florent Malouda, sebelum Deco dan Didier Drogba menyumbat dua lagi gol pada babak kedua.

Manchester City pula memusnahkan impian kelab Scunthorpe dengan menang 5-1 di Eastlands dengan Roque Santa Cruz melakukan gol sulungnya untuk skuad bimbingan Mark Hughes.

Gol pembukaan City dilakukan Stephen Ireland namun Scunthorpe bangkit menerusi jaringan penyamaan oleh Jonathan Forte pada minit ke-26.

Santa Cruz menjadikan kedudukan 2-1 menerusi golnya pada minit ke38, disusuli Joleon Lescott pada minit ke-56 dan Carlos Tevez (71).

Pemain gantian Michael Johnson menambah jaringan kelima City pada minit ke-77.

Berita Harian

3 Responses to “Piala Carling: Arsenal sekat Liverpool, Chelsea mara”

  1. chelsea tetap kuat..drogba penjaring padu beb……..

  2. akuu123 said

    JGN BERANGAN LA DROGBA 2 PENJARIN PADU E2 HAYALAN DAN MIMPI X JADI KENYATAAN

  3. farihin said

    mu dah menang piala liga kalahkan aston villa 2-1…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: