Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Ketiadaan Indra jejas rentak Kelantan

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Indra Putra MahayuddinWALAUPUN mempunyai bekalan dua gol untuk dibawa ke Kangar, Sabtu ini, selepas menundukkan Perlis 2-0 pada aksi separuh akhir pertama, kelmarin, Kelantan masih belum boleh mendabik dada jika dilihat kepada persembahan pada perlawanan berkenaan.

Sebagaimana yang disebut jurulatih skuad Kijang, B Sathianathan, unsur nasib sebenarnya menyebabkan Kelantan mampu memenangi perlawanan tersebut. Hakikatnya Perlis menunjukkan aksi bertenaga dan menguasai hampir keseluruhan perlawanan.

Lebih menggusarkan Sathianathan ialah beliau perlu melakar startegi baru pada perlawanan kedua nanri bagi menentukan peluang melakar sejarah ke pentas final buat pertama kali sejak 1970.

Ini kerana Kelantan kehilangan perancang utamanya, Indra Putra Mahayuddin ketika bertandang ke Kangar, Sabtu ini selepas pemain itu mendapat kad kuning kedua pada perlawanan pertama itu. Menurut peraturan jika sudah dua kali dilayangkan kad kuning pemain tidak dibenarkan beraksi untuk satu perlawanan berikutnya.

“Ketiadaan Indra menjejaskan sedikit perancangan kita dan saya kena buat perancangan baru kerana Perlis, sebuah pasukan yang kuat,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan berakhir.

Pada perlawanan berkenaan, Kelantan berjaya menundukkan skuad Singa Utara 2-0 melalui jaringan Indra Putra dan Mohd Rizal Fahmi Rosid di penghujung perlawanan.

Stadium Sultan Muhamed IV sesak dengan kira-kira 25,000 penonton dan ramai lagi terpaksa berada di luar stadium dan gambaran suasana ternyata memberi tekanan bukan sahaja kepada pemain malah Sathia sendiri.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir untuk bersama memberikan semangat dan turut menjanjikan ganjaran kerajaan negeri jika skuad Kijang berjaya membawa pulang Piala Malaysia buat pertama kali ke bumi Kelantan.

Sathia menambah, Kelantan hanya bernasib baik kerana berjaya menjaringkan dua gol walaupun permainan dikuasai oleh Perlis terutama pada separuh masa pertama.

“Saya memang tidak berpuas hati dengan perlawanan malam ini, kita tidak dapat bermain dengan baik cuma kita dapat menjaringkan gol sahaja.

“Kita beruntung kerana mendapat sokongan yang padu daripada penyokong, mereka telah memberikan semangat kepada pemain untuk terus bertahan,” katanya.

Katanya, bekal gua gol yang dibawa ke Stadium Kangar tidak mencukupi kerana Perlis sebuah pasukan yang amat baik dan mampu menghampakan ribuan peminat Kelantan.

“Kalau kita boleh jaring dua gol, Perlis pun boleh jaringkan gol. Mereka bermain dengan baik,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: