Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Gelagat penonton pengaruhi keputusan pengadil

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Penyokong KelantanPENGURUS pasukan Perlis, Mohd Noor Aziz mempertikai beberapa keputusan pengadil pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kelantan di Kota Bharu, Selasa lalu yang menyebabkan skuad Singa Utara itu tewas 2-0.

Bukan hendak mencari alasan tetapi itulah hakikat yang terpaksa diterima Perlis yang menganggap pengadil perlawanan begitu terikut-ikut dengan rentak penyokong tuan rumah dalam membuat keputusan.

Beliau turut mempertikai tindakan pengadil memberikan sepakan penalti yang membawa kepada gol pertama Kelantan, kerana pada pengamatannya kekasaran berlaku di luar kotak penalti. (video perlawanan)

“Kami menerima kekalahan ini tetapi keputusan pengadil adakalanya boleh dipersoalkan kerana terpengaruh dengan sorakan penonton,” katanya

Jelasnya, situasi tersebut bukan sahaja dapat merosakkan perlawanan di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV kelmarin tetapi bola sepak negara secara menyeluruh.

“Keputusan memberi sepakan penalti pada Kelantan semalam (kelmarin) juga boleh dipertikaikan kerana pada pengamatan saya kekasaran terhadap Indra Putra Mahayuddin itu berlaku di luar petak penalti.

“Lagipun pemain kami tidak menerjah ke kaki Indra Putra sebaliknya ke arah bola dan Indra Putra masih mampu untuk menyepak bola, saya tidak rasa ia satu kekasaran,” kata Mohd Noor lagi.

Tambah beliau, Perlis mempamerkan permainan mantap dari minit pertama sehingga ke minit akhir tetapi nasib nyata tidak menyebelahi mereka.

“Bagaimanapun kami masih mempunyai 90 minit dalam perlawanan separuh akhir kedua di Kangar Sabtu ini dan Kelantan pula kehilangan Indra Putra yang digantung permainan. Hampir 100 peratus gerakan yang dilakukan oleh Kelantan pula direncanakan Indra Putra dalam permainan semalam dan ini adalah peluang terbaik kami untuk mengatasi mereka,” katanya.

Menurutnya, Kelantan sudah tentu akan pincang tanpa kehadiran Indra Putra terutama sekali di bahagian tengah dan mengharapkan pemain Perlis segera melupakan kekalahan tersebut.

“Kami pula akan turun Sabtu ini tanpa Ahmad Fakri Saarani yang digantung kerana menerima dua kad kuning, tapi tempatnya bakal diambil alih Mohd. Firdaus Mohd. Faudzi atau Zamri Hassan.

“Saya berharap penyokong Perlis turun beramai-ramai di Stadium Utama Sabtu ini kerana kami menjangkakan penyokong Kelantan juga akan hadir dalam jumlah yang ramai,” katanya.

Dalam perlawanan kelmarin Kelantan memperolehi jaringan pada minit ke-13 selepas pengadil perlawanan, Shokri Nor menghadiahkan sepakan penalti kepada Red Warriors apabila Chan Wing Hoong mengasari Indra Putra.

Sepakan tersebut diambil sendiri oleh Indra Putra sebelum Mohd Rizal Fahmi Rosid menambah jaringan kedua sejurus sebelum pengadil meniup wisel penamat.

6 Responses to “Gelagat penonton pengaruhi keputusan pengadil”

  1. Org Perlis said

    Ni lagi satu problem. Referee mintak professional skit.

  2. bakrieidham said

    Tak boleh mintak referee professional sikit ni,
    REFEREE MESTI BETUL-BETUL PROFESSIONAL..
    FAM pulak jgn asyik nak ambil tindakan pd yg tegur referee, terpulang la kat mana mereka nak komen, kalau FAM tak nak rasa aib bila ada komen yg tak sedap dengar, ubah la kelemahan yg ada, belajar la dari mereka mereka yang BERJAYA…

  3. ore kg sireh said

    aku setuju.. tapi yg masalah skang org atas FAM hanya hentam pengadil game yg melibatkan team tertentu je contohnya t’ganu.. maca aci mcm tu, FAM kena lagi profesional..

    w’pun aku sokong kelate tapi aku tak setuju kalu referee sebelah team kelate kalu main kat KB.. pengadil kena ada stand tegas dalam mana2 game or mana2 tempat pun, tak boleh nak ikut selera penyokong.. tapi kalau nak tuduh tu kena berasas la.. macam game ni tackle tu dah masuk area penalti.. cuba perhati betul2 video tu..

  4. ore kg bunohan said

    sedap sngt pengurus perlis sembang kata indra kena takle luar kotak.aku harap dio tgk video blk .aku raso dio lena(kato ore perlis) masa tu.

  5. pengurus perlis tido said

    se lg pengurus perlis kato referee ikut penonton.cuba la tgk betul2 mainan kelate masa tu.bknkah indra kena tackle masa tgh bw bola. aku harap ramai penyokong g sokong sek kelate main hr sabtu ni.go go red wariior

  6. tok moh said

    napa penyokong belah2 utara ni suka sangat baling mercun yang tak suka tu kalau dah kalah nak jadi samseng pulak? cayok negeri sembilan dapat masuk final.harap pengadil dapat beri yang terbaik malam tu……jangan berat sebelah.benci penyokong yang baling2 mercun kat pemain….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: