Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Saingan sengit rebut tiket final Piala Malaysia 2009

Posted by bolasepak on October 27, 2009

DUA tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-43 menjadi rebutan terbuka dan seimbang buat Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu dengan ketiadaan Selangor pada separuh akhir pertama, malam ini.

Namun, Negeri Sembilan yang masih belum kalah selepas lapan perlawanan termasuk peringkat kumpulan, kini mengambil alih tumpuan Gergasi Merah sekali gus berpeluang agak cerah untuk terus merapati trofi paling berprestij bola sepak negara ini.

Biarpun kemaraan tiga daripada mereka tidak mengejutkan kerana cuma mengatasi barisan kelab, tetap menonjol dalam kelompok empat terakhir ini ialah kemampuan Si Penyu menjinakkan Merah Kuning dengan bertemankan sedikit tuah dan ketumpulan penyudah lawan.

Aksi Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia (27 Oktober 2009) pasti menjanjikan saingat sengit empat pasukan.

Jika juara Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super boleh tersungkur di Kuala Terengganu, bukan mustahil giliran anak buah Wan Jamak Wan Hassan menurut jejak kecundang itu apatah lagi lawan mempunyai kelebihan bermain lewat di gelanggang sendiri, Sabtu ini.

Segala rekod pertemuan Liga Super dan peringkat kumpulan lalu yang menyebelahi Negeri Sembilan sekadar boleh dibuat rujukan dan terus mematangkan kedua-dua pasukan tetapi yang paling menarik ialah pertembungan dua pemain muda yang menjaga gawang masing-masing.

Hanya satu gol membolosi Farizal Harun sepanjang Piala Malaysia dan Sharbinee Allawee begitu cemerlang, Sabtu lalu lantas yang seronok pastilah jurulatih negara K. Rajagobal menjelang Kelayakan Piala Asia 2011 (November) dan Sukan SEA Laos, Disember ini.

Lebih banyak pilihan penjaga gol yang mantap, bakal meningkatkan persaingan dan benteng terakhir skuad senior dan bawah 23 tahun Malaysia biarpun mungkin kurang menyenangkan penjaga gol Perlis, Farizal Marlias yang sekian lama menyandang posisi utama.

Malah, ketika Negeri Sembilan kian berbangga dengan ketajaman Zaquan Adha Radzak selaku antara penjaring terbanyak Piala Malaysia setakat ini, Terengganu pula menjanjikan seorang lagi bakal gandingan serangan Malaysia di Laos, Abdul Manaf Mamat.

Singa Utara pula perlu menyedari kehebatannya mengatasi Johor FC di Pasir Gudang dan Kangar dengan agregat selesa 4-1 tidak akan meniti rentak yang sama tatkala mengharungi Kelantan dan ‘lautan merah’ ribuan penyokong setianya di Stadium Sultan Muhamed Ke-IV.

Rasa terkilan dan bimbang Irfan Bakti Abu Salim pasti bercampur baur gara-gara kehilangan perancang tengah Perlis, Azi Shahril Azmi yang dilayangkan kad merah di Stadium Utama Negeri sekali gus digantung daripada kedua-dua perlawanan separuh akhir sehingga Sabtu ini.

Yang mampu menjadi penawar buat jurulatih naib juara Liga Super ini ialah kembalinya sentuhan penyudah pemenang Kasut Emas, Nizaruddin Yusof apatah lagi kemampuannya mencari gol menerusi tandukan, Sabtu lalu walaupun sesekali mengecewakan dengan kegagalan penalti.

Jelas sekali, keserasian Kelantan dengan percaturan B Sathianathan turut diperkuatkan pengalaman jurulatih itu ketika mendidik bintang Wira Merah seperti Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Ahmad Azlan Zainal dalam skuad negara lalu.

Tanpa Azi yang jarang diabaikan Sathianathan dalam persediaan skuad kebangsaan, jurulatih kelahiran Perak yang menyarung jersi Negeri Sembilan pada era 80-an ini semakin arif bagaimana untuk melumpuhkan bahagian tengah lawan dan meraih bekalan gol yang selesa dari Kota Bharu.

Utusan Malaysia

15 Responses to “Saingan sengit rebut tiket final Piala Malaysia 2009”

  1. redkije said

    aku ramal final tahun ni kelate vs negeri 9… sape tak setuju boleh blahhh..

  2. bakrieidham said

    berdasarkan prestasi semasa untuk minggu ni,
    paling ketara untuk ke perlawanan akhir adalah Kelantan,
    pasukan yang bakal menentang kelantan di final nampak macam N.Sembilan.
    Tapi gaya persembahan, senarai pemain, tenaga pemain muda dan strategi jurulatih,
    nampaknye Terengganu tak boleh di pandang rendah…
    Kesimpulanya, jika N.Sembilan menang di Seremban, NS mampu ke akhir,
    tapi jika NS hanya mampu seri di Seremban, maka
    Terenganu la lawan untuk Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil…
    Oleh itu, Final Piala Malaysia 2009 :
    Kelantan vs Negeri Sembilan (45%)
    Kelantan vs Terengganu (55%)

  3. shah said

    ambo Ghaso kelate tahun ni meme layok masuk final piala m’sia…..!!!

    ~GO MORE KLATE GO MORE~
    -THE RED WARRIOR’S-
    Kelab penyokong kelantan

  4. ron said

    hambo rasa perlis dgn negeri sembilan final. kelantan tak layak.

  5. ron said

    hambo rasa kelantan jual game nanti bila main di perlis. main mcm biasa tapi menjual game dah masak bagi pemain2 org tepuk sorak diorang berlakon dalam padang. hua hua hua.

  6. nas said

    mestila terengganu dengan kelantan layak ke final..kite tgk pasukan dr pantai timur beraksi ke final.huhu

  7. mat said

    Ron g***!!!!!!!!!!!

  8. mat said

    stju dgan Nas…cantik..

  9. bakrieidham said

    Bagi penyokong kuat pasukan2 Separuh Akhir,
    *Syabas diucapkan kepada paskan Kelantan, bagi Perlis peluang masih ada kerana sabtu ini bermain di tempat sendiri, rate layak ke FINAL :
    Kelantan 70% dan Perlis 30%…
    *Tahniah juga buat Negeri Sembilan kerana berjaya menang tipis di laman sendiri, maka NS bakal menerima tentangan HIDUP MATI Terengganu di Kuala Terengganu sabtu ini.
    berdasarkan permainan malam tadi, besar kemungkinan NS akan senasib dengan SELANGOR di Kuala Terengganu. Corak permainan Terengganu dengan sokongan penyokong sendiri bakal meleburkan impian NS. rate layak ke FINAL :
    Terengganu 55% dan Negeri Sembilan (45%)…

  10. Pak ya said

    Kelantan memang sudah dijangka dari awal akan layak ke final..
    Rate untuk di kuala terengganu 50-50. gol awal adalah faktor utama..
    siapa yang gol dulu kemungkinan besar layak ke final..
    perlawanan ini agak menarik bagi separuh akhir kedua…

  11. sarah said

    ye la tu kelantan boleh menang jurulatih pun sombong belagak. tumpang negeri orang. cayok negeri 9 dapat masuk akhir den sokong 100%

  12. samad said

    biar la dia nk brlagakpun.yg hang sbk tu psl apa?

  13. shaiful said

    betul k juara!!!!!!!!!

  14. Alberto Aquilani said

    N9 mempunyai prospek yang cerah untuk menjulang Piala Malaysia disebabkan prestasi yang konsisten sepanjang peringkat awal kempen Piala Malaysia.Pemain yang berdisiplin,mentaliti yang kuat adalah aset penting untuk N9 berbanding Klate yang hanya gah pada nama dan penyokong.Hoben Jang Hoben.

  15. Martin Skrtel said

    Betul tu n setuju.N9 kuasa bolasepak baru Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: