Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Manchester United tumbang di Anfield

Posted by bolasepak on October 26, 2009

FERNANDO Torres dan David Ngog masing-masing menyumbat satu gol membantu Liverpool menewaskan musuh tradisi, Manchester United 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield malam ini. (lihat video)

Ia sekali gus mengakhiri prestasi terburuk The Reds yang tewas empat perlawanan berturut-turut sebelum ini dan sekali gus meredakan tekanan buat pengurusnya, Rafael Benitez yang berdepan risiko kehilangan jawatan.

Gaya Fernando Torres ketika meraikan jaringannya ke atas Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris, 25 Oktober 2009.Sebagaimana dijangka perlawanan berlangsung sengit dan tegang, akibatnya kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain selepas Nemanja Vidic (Manchester United) dan Javier Mascherano (Liverpool) menerima dua kad kuning sekali gus diperintah keluar padang.

Perlawanan babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan sehinggalah Torres berjaya melepasi kekangan Rio Ferdinand pada minit ke-65 dan berjaya menewaskan penjaga gawang United, Edwin van Der Sar untuk gol pembukaan tuan rumah.

Gol berpunca daripada lorongan Yossi Benayoun yang pantas disambar Torres. Sekali pun cuba disaingi oleh Rio Ferdinand, namun Torres lebih pantas memanfaatkan peluang terhidang.

David Ngog yang masuk menggantikan Torres pada minit ke-81 tidak menghampakan pengurusnya, Rafael Benitez apabila menyumbat gol kedua tuan rumah pada minit keenam masa kecederaan. (lagi info perlawanan)

3 Responses to “Manchester United tumbang di Anfield”

  1. tok man kayu said

    elok le tu.. biar chelsea terus dok atas sapa akhir musim..

  2. redkije said

    layan real madrid lagi baguh la.. x pun ac milan ke.. baru world class football….

  3. farihin said

    liverpool menang nasit je mu beri peluang…….
    mu boleh kalahkan liverpool……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: