Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kedah, Perak gagal ke suku akhir Piala Malaysia

Posted by bolasepak on October 14, 2009

JUARA bertahan, Kedah sah tersingkir daripada persaingan suku akhir bola sepak Piala Malaysia biarpun membelasah Pulau Pinang 4-0 di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, malam tadi.

Dengan sekadar memungut 10 mata, Sang Kenari kempunan tiket suku akhir setelah Perlis, Terengganu dan KM Naza meragutnya sebagai tiga naib juara terbaik masing-masing daripada Kumpulan A, B dan D.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, gol tunggal Ahmad Fakri Saarani ke atas kelab Wira Lebuh Raya itu sudah cukup melayakkan Singa Utara menerusi kemenangan keempat selepas melalui enam perlawanan.

Kedah Tersingkir Saingan Piala Malaysia 2009

Kedah Tersingkir Saingan Piala Malaysia 2009

Kemenangan 2-0 Negeri Sembilan bagaimanapun tidak menjejaskan laluan Terengganu sebagai wakil kedua Kumpulan B yang terselamat dengan kutipan 12 mata berbanding naib juara kumpulan lain selepas enam perlawanan.

KM Naza pula memanfaatkan sikap selesa dan mengambil mudah Selangor yang sudah pun layak dengan mengejutkan juara Kumpulan D itu, 3-2 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Mereka mengiringi Johor FC yang turut mengesahkan tiket tersebut selaku juara Kumpulan C selepas terikat 1-1 dengan Perak di Stadium Perak, Ipoh hasil jaringan Farid Ideris pada minit ke-45 dan Saufi Saaidi (72).

Turut telah menempah tiket suku akhir sejak dua perlawanan lalu ialah Kelantan, KL PLUS, Negeri Sembilan dan juara Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super musim 2009, Selangor.

Keputusan Penuh Piala Malaysia
Carta Kedudukan Piala Malaysia

Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2009

One Response to “Kedah, Perak gagal ke suku akhir Piala Malaysia”

  1. red chelsea said

    kedah dah 2 tahun juara. cukup la tu, bagi chance kat pasukan len pula la……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: