Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2009

Posted by bolasepak on October 14, 2009

SELEPAS berakhirnya aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia 2009, kini saingan kejohanan bola sepak tertua di tanah air itu semakin mendebarkan apabila lapan pasukan meneruskan kemaraan ke peringkat kalah mati yang akan bermula 20 Oktober ini (Selasa).

Lapan pasukan yang mara ke peringkat suku akhir ialah semua lima juara kumpulan iaitu KL Plus, Negeri Sembilan, Johor FC, Selangor dan Kelantan dengan diiringi tiga lagi pasukan yang menduduki tangga kedua terbaik iaitu Perlis (Naib Juara A), Terengganu (Naib Juara B) dan KM Naza (Naib Juara D).

Cabaran juara bertahan yang juga antara pasukan pilihan, Kedah berakhir setakat saingan kumpulan sahaja musim ini apabila mata yang dipungut tidak mencukupi untuk melayakkan diri ke kelompok lapan pasukan terakhir Piala Malaysia 2009.

Piala Malaysia 2009 kini memasuki fasa kalah mati

Piala Malaysia 2009 kini memasuki fasa kalah mati

Bergelar juara treble musim lalu (Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia), Kedah serba tidak menjadi kali ini apabila gagal memberi aksi diharapkan pada awal saingan peringkat kumpulan.

Begitu pun tanpa kehadiran juara bertahan itu, saingan kali ini tetap menjanjikan aksi sengit.

Di peringkat suku akhir nanti, juara kumpulan A, KL Plus akan berdepan juara E iaitu Kelantan manakala Juara B, Negeri Sembilan menentang naib juara D, KM Naza.

Juara C, Johor FC membuat perhitungan dengan naib juara A, Perlis dan juara A yang juga juara Liga Super, Selangor bakal ditentang naib juara B iaitu Terengganu.

Sila klik link di bawah untuk jadual penuh aksi Suku Akhir Piala Malaysa 2009:

Jadual Suku Akhir Pertama
Jadual Suku Akhir Kedua

12 Responses to “Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2009”

  1. arkuz said

    nasib baik perak kalah kalau tak mesti jadi juara piala malaysia

  2. pak dogo said

    koya la demo.. macam mano nak mene kalu dah kaloh.. peringkat kumpulan pun tak lepah mace mano koya nak piala.

  3. mmz said

    kelantan pon sama la jgn berangan nak menang piala malaysia thn nie…mkn budu banyak ada hati nak menang….

  4. shaharudin said

    tahniah perlis atas kejayaan pasukan anda.teruskan kecermelangan pasukan anda sehingga piala malaysia di bawa ke utara

  5. lan said

    esok pasukan mana live kt tv

  6. lan said

    kalau ade sapa tahu pasukan mana live kt tv1 piala malaysia esok sila reply msj ini

  7. pak do said

    male ni takdok siaran langsung.. siaran tertunda je male ni pukl 12.30 kalu tak silap ambo KL Plus vs Kelantan..

  8. zam5245 said

    amri yahya boleh

  9. zam5245 said

    selangor kalah penalty jew.alah,aku raso selangor kalah sebab kesian kat tengganu.kalo amri yahya main betul2 mest selangor menang 8-0.hi..hi..hi..

  10. zam5245 said

    aku nak tngk live liverpool vs mu malam ni.mintak2 lah liverpool menang amin….

  11. fu manchu said

    aisey brothers,
    saya di UK tak dapat siaran tv malaysia untuk menonton live game ni.

    anyone knows macam mana nak tgk live final online?
    tau website ape tak?

    tq

  12. m.aizat said

    red worrior mesti boleh!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: