Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Piala Malaysia: Selangor enggan hulur simpati

Posted by bolasepak on October 13, 2009

ANDAI Kuala Muda Naza (KM Naza) berharap Selangor akan membantu mereka untuk mendapatkan tiga mata penting untuk layak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia, mereka pasti silap.

Biarpun Selangor bakal menurunkan barisan kedua mereka pada pertemuan terakhir Kumpulan D di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini, pastinya pemain-pemain simpanannya akan beraksi bersungguh-sungguh untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

Pengurus pasukan Selangor, Zakaria Ab Rahim berkata, beberapa pemain utama tidak dibawa ke Alor Setar antaranya penjaga gol, Hamsani Ahmad, Rudie Ramli dan Razman Roslan untuk memberi rehat kepada mereka menjelang saingan suku akhir minggu depan.

“Kita sudah pun sah sebagai juara kumpulan. Jadi inilah masa untuk kita memberikan peluang kepada pemain-pemain yang jarang beraksi untuk mempamerkan kebolehan mereka.

“Tapi bukan bermaksud kita akan bermain sambil lewa. Saya harap barisan kedua Selangor ini akan terus memberi tekanan kepada KM Naza,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Antara yang pastinya mendapat peluang untuk diturunkan ialah penjaga gol kedua, Nasril Nourdin, Mohd Zaiza Zainal Abidin serta bekas pemain tengah kebangsaan, K Nanthakumar yang menyambut hari jadinya ke-32 hari ini.

Jurulatih Selangor, K. Devan juga tidak mahu maruahnya tercalar apabila berdepan KM Naza yang pernah dibimbingnya musim lalu.

Pada saingan suku akhir pada 20 dan 24 Oktober depan, Selangor selaku juara Kumpulan D dijadualkan akan bertemu sama ada naib juara Kumpulan A, E, B atau C.

Selain Selangor, Kelantan, KL Plus dan Negeri Sembilan sudah mengesahkan tempat ke suku akhir manakala baki empat lagi slot menjadi rebutan tujuh pasukan iaitu Perlis, Terengganu, Johor FC, Perak, KM Naza, Kedah dan Pulau Pinang.

Jadual Piala Malaysia
Carta Terkini Piala Malaysia

One Response to “Piala Malaysia: Selangor enggan hulur simpati”

  1. fanatik qlate said

    mula2, slgor jange kecek agah. last2, malu jah sajo. pade muko!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: