Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Piala Malaysia: Perlis perlu menang untuk ke suku akhir

Posted by bolasepak on October 13, 2009

TANPA banyak membuat congakan Perlis hanya memikirkan satu sasaran sahaja – untuk merampas tiga mata daripada KL Plus FC pada saingan terakhir kumpulan, Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim mahu anak buahnya memberi fokus 100 peratus ke atas saingan penting itu kerana hanya kemenangan bakal menjamin laluan ke suku akhir tanpa perlu menunggu bantuan daripada keputusan perlawanan lain pada hari yang sama, terutama Perak, Kuala Muda Naza atau bekas juara, Kedah.

“Pemain perlu ingat bahawa perlawanan menentang KL Plus FC ini adalah yang terakhir dan paling penting bakal menentukan hidup mati perjuangan pasukan pada kempen Piala Malaysia musim ini.

“Jika mengambil kira kedudukan semasa, tiga mata pasti mengesahkan tiket kami tetapi jika keputusan lain dicatat ia boleh menyulitkan kedudukan kami,” katanya.

Enam pasukan yang sudah layak ialah KL Plus FC, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor FC, Selangor dan Kelantan dengan dua empat bakal menjadi perebutan di antara Perlis, Perak, Kuala Muda dan Kedah.
Irfan Bakti

Bekas pengendali Telekom Melaka (TMFC) itu berkata, biarpun kedudukan pasukan dilihat lebih cerah, namun ia bukan bererti satu jaminan andai Perak dan Kuala Muda Naza mengutip mata penuh dan Perlis kalah.

“Untuk lebih selamat dan pastikan tiket ke suku akhir itu menjadi milik kita adalah lebih baik pemain turun ke gelanggang dengan niat mahu menang,” katanya.

Irfan Bakti berkata dia yakin biarpun sudah mengesahkan tempat suku akhir, skuad bimbingan Mohd Zan Mat Aris pasti tidak akan memberi laluan mudah kepada lawan untuk membawa pulang mata.

Jadual Piala Malaysia
Carta Terkini Piala Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: