Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Piala Malaysia: Johor FC, KM Naza pasang impian ke suku akhir

Posted by bolasepak on October 13, 2009

PASUKAN utara dan selatan tanah air, KM Naza dan Johor FC mahu melengkapkan kemaraan pasukan bertaraf kelab ke pusingan suku akhir saingan Piala Malaysia apabila perlawanan terakhir peringkat kumpulan berlangsung malam ini.

Ketika satu lagi pasukan bertaraf kelab sudah sebelah kaki ke suku akhir, KM Naza dan Johor FC juga berpeluang ke suku akhir, sama ada sebagai juara kumpulan atau antara tiga pasukan terbaik di tempat kedua.

Begitupun laluan KM Naza dan Johor FC pada perlawanan hari ini tidak mudah.

Status pendahulu Kumpulan C bukan jaminan Johor FC mudah ke suku akhir apatah lagi lawan mereka hari ini ialah pencabar terdekat, Perak.

Lebih menyukarkan laluan, Johor FC beraksi di laman lawan di Stadium Perak, Ipoh hari ini.

Jika kalah, Perak akan memintas kedudukan Johor FC, sekali gus terpaksa menyandarkan peluang berdasarkan keputusan pasukan di tempat kedua dalam kumpulan lain.

Johor FC di tangga teratas Kumpulan C dengan 12 mata manakala Perak ketinggalan dua mata di belakang.

Ternyata jurulatihnya, Ramlan Rashid dibelenggu kebimbangan lantaran pertembungan pertama di Stadium JCORP, Pasir Gudang, Perak menang 2-0 ke atas pasukannya.

“Pertembungan terakhir kumpulan esok (hari ini) memang sukar kerana Perak juga berpeluang ke suku akhir. Jika kalah kepada Perak esok, kami akan ketinggalan satu mata. Kebangkitan Perak dalam kempen Piala Malaysia memang di luar jangkaan berbanding pencapaian mereka di dalam Liga Super.

“Namun, saya mahu para pemain fokus untuk mendapatkan keputusan yang terbaik esok,” katanya.

Saingan dalam Kumpulan D lain pula ceritanya apabila KM Naza terpaksa mengharapkan ehsan pasukan yang telah layak ke suku akhir, Selangor untuk mendapatkan tiga mata bagi mencerahkan peluang mereka ke suku akhir.

Mengenai pertembungan di Stadium Darul Aman, Alor Setar hari ini, pengendali KM Naza, Mohd Nizam Adzha Yusof menyifatkan perlawanan tersebut merupakan percaturan taktikal di antara ‘murid dan tok guru’.

Jadual Piala Malaysia
Carta Terkini Piala Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: