Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Piala Dunia: Perancis harungi play-off

Posted by bolasepak on October 12, 2009

ANDRE-Pierre Gignac menyumbat dua gol ketika Perancis membelasah Kepulauan Faroe 5-0 untuk meletakkan pasukan itu di tangga kedua dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia sekali gus meneruskan peluang ke Afrika Selatan tahun depan menerusi playoff.

Dalam pada itu, Serbia mengalahkan Romania 5-0 untuk menokok kepada 22 mata dan meraih tempat automatik dari Kumpulan 7, empat mata mengatasi Perancis.

Gignac yang menjaringkan gol kemenangan ketika Perancis menang 1-0 di Faroe Ogos lalu, meletakkan pasukannya 1-0 pada minit ke-34.

Penyerang Toulouse itu berjaya melepasi pemain pertahanan lawan sebelum merembat rendah ke penjuru gawang pada minit ke-39.

Pemain pertahanan, Arsenal, William Gallas, penyerang Chelsea, Nicolas Anelka dan penyerang Real Madrid, Karim Benzema juga menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.

Perancis menjaringkan lima gol buat pertama kali selepas menang 6-0 di Faroe dua tahun lalu.

Selepas diejek ketika aksi di Stade de France sebelum ini, para pemain Perancis menerima sambutan hangat daripada 18,000 penyokong yang membanjiri Stade de Roudourou, semalam, dengan beribu-ribu bendera kebangsaan dikibarkan dari tempat duduk penonton.

Sekalipun gandingan Anelka dan Gignac di barisan depan peluang, Perancis gagal menyempurnakan banyak peluang gol pada babak pertama.

Gignac kemudiannya menambah gol kedua lima minit selepas itu.

Gallas menggandakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi tandukan ke penjuru gawang hasil sepakan bebas Henry.

Sementara itu, jurulatih Perancis, Raymond memasukkan Moussa Sissoko dan Florent Malouda dan menggantikan Gignac dengan penyerang Real Madrid, Benzema pada minit ke-73.

Tidak lama kemudian, pengadil Robert Malek meninggalkan padang akibat cedera dan dia diganti oleh pegawai perlawanan keempat Pawel Gil.

Benzema mencipta dua peluang gol tetapi rembatannya dinafikan oleh Mikkelsen pada minit ke-78 dan ke-85 sebelum jaringan Anelka muncul pada minit ke-86.

Benzema akhirnya menjaringkan gol ketujuhnya bersama Perancis pada minit ke-88, menerusi sepakan kencang yang melepasi beberapa pemain pertahanan lawan.

Carta Kelayakan Piala Dunia Zon Eropah

One Response to “Piala Dunia: Perancis harungi play-off”

  1. yurista said

    meski harus melewati babak play-off, Perancis bisa jadi juara dunia di perhelatan PD 2010 nanti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: