Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Piala Dunia: Argentina nyaris tersingkir

Posted by bolasepak on October 12, 2009

MARTIN Palermo hadir menyelamatkan jurulatih, Diego Maradona dalam kedudukan yang penuh genting kelayakan Piala Dunia 2010 buat pasukan Argentina, semalam.

Palermo melakukan rembatan ketika perlawanan memasuki masa kecederaan bagi membolehkan Argentina mencatat kemenangan 2-1 ke atas Peru.

“Saya rasa kami sudah tersingkir dari Piala Dunia tetapi saya terlupa tentang Palermo,” kata Maradona kepada para wartawan.

Maradona meraikan jaringan tersebut seperti dia melakukan jaringan kemenangan, meluncur beberapa meter atas padang yang basah.

Kemenangan tersebut membolehkan Argentina naik ke tangga keempat dalam Kumpulan Amerika Selatan, kedudukan paling rendah untuk melayakkan diri secara automatik di belakang Brazil, Paraguay dan Chile yang sudah menempah tiket ke Piala Dunia 2010.

Mereka akan ke Montevideo, Rabu ini untuk mempertahankan kedudukan selepas menentang Uruguay, yang melonjak ke tangga kelima bagi kedudukan ke playoff menentang pasukan di tangga keempat Kumpulan CONCACAF.

Argentina memulakan perlawanan dengan berada di kedudukan tempat kelima tewas dalam tiga perlawanan kelayakan sebelum ini dan berada di kedudukan bahaya terlepas saingan Piala Dunia buat kali pertama sejak 1970.

Argentina mendahului menerusi jaringan pemain yang pertama kali beraksi untuk skuad kebangsaan, Gonzalo Higuain dua minit selepas rehat.

Pemain gantian Peru, Hernan Rengifo menyamakan kedudukan pada minit ke-90 sebelum Palermo, 35, menjaringkan gol kemenangan dalam aksinya yang ke-10 buat Argentina.

Palermo, yang beraksi sebanyak tujuh kali buat Argentina pada 1999 dan yang kelapan di bawah Maradona ketika tewas 0-1 kepada Paraguay bulan lepas, melalui zaman pasang suruh dalam kariernya termasuk ketika patah kaki dan kecederaan ligamen lutut.

“Ia satu tugas yang tiada bandingan apabila dapat menyarung jersi Argentina. Ia adalah satu nasib, salah satunya mengenai saya.

“Ia memberikan kepada saya kekuatan dan berterima kasih kepada tuhan, kami meraih kemenangan. Saya berfikir untuk tidak mahu menyerah kalah, belajar dari peristiwa yang buruk,” ujarnya.

Carta Kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan
Keputusan Kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: