Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Itali, Jerman, Denmark layak ke Piala Dunia

Posted by bolasepak on October 12, 2009

JUARA bertahan, Itali muncul pasukan terbaru menempah tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 selepas mengikat Ireland 2-2 dalam aksi kelayakan Kumpulan 8 di Dublin, semalam.

Itali mengetuai kemaraan empat lagi pasukan Eropah ke Afrika Selatan tahun depan bersama Jerman, Denmark dan Serbia.

Ini menjadikan tujuh pasukan Eropah kini sudah melayakkan diri selepas England, Sepanyol dan Belanda mara lebih awal, sekali gus meninggalkan hanya dua tiket automatik menjadi perebutan.

Rusia kalah 0-1 kepada aksi 10 pemain Jerman di Moscow manakala keputusan seri bagi Ireland pula memberi peluang kepada mereka merebut tiket menerusi dua peringkat playoff, November ini.

Juara dunia 1998, Perancis yang kalah menerusi sepakan penalti kepada Itali pada final Piala Dunia 2006 turut menghampiri saingan playoff selepas membelasah Kepulauan Faroe 5-0 untuk menduduki tangga kedua Kumpulan 7 di belakang Serbia, yang turut membelasah Romania 5-0.

Di Dublin, Ireland hampir melakar kejutan selepas tandukan Sean St Ledger meletakkan pasukan itu mendahului 2-1 ketika saingan tinggal tiga minit untuk ditamatkan.

Bagaimanapun, Alberto Gilardino berjaya menyamakan kedudukan ketika wisel penamat menunggu masa untuk ditiupkan dan membawa Itali ke Piala Dunia lebih awal manakala Ireland muncul naib juara Kumpulan 8.

“Kalau kami kalah, ia adalah keputusan yang sangat tidak adil kerana pemain kami beraksi dengan penuh keghairahan, berkarakter dan bersemangat,” kata jurulatih Itali, Marcello Lippi yang menyifatkan persembahan Itali itu sebagai hebat.

Gilardino pula meramalkan Itali bakal menjadi pasukan yang harus diberi perhatian di Afrika Selatan nanti.

“Kami bergelut dalam saingan semalam tetapi keputusan yang dicatat lebih baik daripada aksi yang dipertontonkan, dan kami berhak seri,” ujar penyerang Fiorentina itu.

Terdahulu, juara dunia tiga kali, Jerman mengesahkan tiket Piala Dunia 2010 dengan mempamer semangat tinggi ketika menewaskan Rusia 1-0, biarpun beraksi dengan 10 pemain.

Jaringan Miroslav Klose pada babak pertama membawa skuad Joachim Loew itu ke pusingan akhir selaku juara Kumpulan 4, biarpun mereka kehilangan Jerome Boateng yang dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua pada 20 minit terakhir.

Denmark pula menundukkan pasukan jiran, Sweden 1-0 untuk meraih tiket Piala Dunia selaku juara Kumpulan 1 manakala Portugal melonjak ke tangga kedua dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Hungary untuk mencerahkan peluang beraksi di playoff.

England yang sudahpun layak lebih awal akhirnya mengalami kekalahan pertama dalam kempen kelayakan, apabila tunduk 1-0 kepada Ukraine yang memperoleh gol tunggal menerusi Serhiy Nazarenko.

Skuad bimbingan Fabio Capello itu terpaksa mengharungi sebahagian besar perlawanan dengan 10 pemain selepas penjaga gol, Robert Green dibuang padang pada awal babak pertama dalam insiden yang berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan mereka, Rio Ferdinand.

Aaron Lennon terpaksa dikeluarkan untuk memberi laluan kepada penjaga gol gantian, David James dimasukkan.

Juara Eropah dan juara Kumpulan 5, Sepanyol pula masih belum hilang ghairah untuk mencari kemenangan, biarpun sudah melayakkan diri lebih awal apabila menundukkan Armenia 2-1 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah.

Bosnia-Herzegovina menyambar tiket playoff selepas mengalahkan Estonia 2-0 untuk muncul naib juara di belakang Sepanyol.

Negara yang telah ke pusingan akhir Piala Dunia 2010
Carta Kelayakan Piala Dunia 2010
Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2010
Jadual Kelayakan Piala Dunia 2010

One Response to “Itali, Jerman, Denmark layak ke Piala Dunia”

  1. arenabetting.com_master agent said

    stiap kali yg lolos mah cuma spanyol broooo,,,,yang lain pada ke laut deh…hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: