Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Chile layak ke Piala Dunia 2010

Posted by bolasepak on October 12, 2009

CHILE menempah tempat di Piala Dunia 2010, semalam setelah menewaskan Colombia 4-2, hasil percaturan berani yang dilakukan jurulatih pasukan, Marcelo Bielsa.

Ketinggalan 1-0, Bielsa bertindak membawa keluar perancang permainan, Matias Fernandez pada minit ke-32 dan selepas empat minit, Chile bangkit untuk mendahului permainan 2-1.

Chile yang kemunculan terakhir Piala Dunia 1998, mengumpul 30 mata daripada 17 perlawanan, terjamin sebagai empat pasukan teratas dalam Kumpulan Amerika Selatan dengan baki satu perlawanan sahaja.

Kemenangan Chile menyebabkan peluang Colombia tertutup.

Empat pasukan teratas dalam 10 pasukan layak secara automatik layak untuk bersaing di Afrika Selatan tahun depan manakala pasukan kelima pula bakal bersaing dengan pasukan dari CONCACAF untuk merebut slot akhir itu.

“Matias adalah pemain yang beraksi secara serangan manakala (Jorge) Valdivia pula adalah pemain yang komited penuh dalam serangan. Kami memerlukan pemain tengah yang berperanan sedikit dalam posisi tersebut tetapi lebih kepada penyerang,” kata Bielsa.

Colombia yang mengumpul 12 gol, berada di depan selepas 13 minit ketika pemain tengah Chile, Arturo Vidal tersilap membuat perkiraan terhadap sepakan silang Jackson Martinez yang menyebabkan jaringan gol.

Selepas setengah jam, Bielsa yang juga jurulatih Argentina, mengeluarkan Fernandez dan membawa masuk pemain tengah Jorge Valdiva ke posisi pemain tersebut.

Tiga minit kemudian, Waldo Ponce memberikan mata kepada Chile dan seminit kemudian Chile sekali lagi di hadapan dengan bantuan Humberto Suazo dan Fabian Orellana.

Pemain ganti, Giovanni Moreno turut memberi mata kepada Colombia pada minit ke 63 tetapi itu tidak menghalang kemaraan pasukan yang bertandang di sini.

Valdivia kemudian sekali lagi memberi mata kepada Chile pada minit ke-72 dengan bantuan David Ospina dan memberi impak kepada strategi Bielsa tujuh minit kemudian untuk mata keempat.

Orellana pula dikeluarkan padang kerana melakukan kekasaran pada masa kecederaan.

Carta Kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan
Keputusan Kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: