Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

AS, Mexico layak ke Piala Dunia 2010

Posted by bolasepak on October 12, 2009

MEXICO tidak menghadapi masalah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia berbanding Amerika Syarikat yang dipaksa berhempas pulas buat merebut tiket mereka ke Afrika Selatan dalam zon kelayakan CONCACAF, kelmarin, meninggalkan Costa Rica dan Honduras untuk berebut tempat ketiga automatik.

Mexico yang mendapat inspirasi pemain veteran berusia 36 tahun, Cuauhtemoc Blanco tampil membenam El Salvador 4-1 di depan lebih 100,000 peminat di Stadium Azteca.

Barisan AS yang ketinggalan 1-0 di Honduras, menjulang wira tanpa disangka, Conor Casey yang meledakkan dua gol ketika pasukan Bob Bradley bangkit untuk menang 3-2 di Honduras.

Penyerang Honduras, Carlos Pavon melalui malam yang mahu dilupakan apabila merembat penalti melepasi palang pada minit ke-87 dan menanduk sasar dari kedudukan baik.

Honduras berdepan kemungkinan menamatkan saingan di tempat keempat dan play-off menentang pasukan tempat kelima dari zon Amerika Selatan – ketika ini Uruguay – selepas Costa Rica memasuki tempat kelayakan automatik apabila menang 4-0 ke atas pasukan yang sudah tersingkir, Trinidad dan Tobago.

Carta Kelayakan Piala Dunia 2010
Negara yang telah ke pusingan akhir Piala Dunia 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: