Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

La Liga: Sevilla hadiahkan Madrid kekalahan pertama

Posted by bolasepak on October 6, 2009

Sevilla 2 Real Madrid 1

KETIADAAN Cristiano Ronaldo dalam skuad Real Madrid jelas memberi kesan kepada rentak permainan kelab Liga Sepanyol itu.

Buktinya, Real yang beraksi tanpa Pemain Terbaik Dunia itu ekoran masalah kecederaan, mencatat kekalahan pertama mereka musim ini apabila tunduk 1-2 kepada Sevilla kelmarin.

Kekalahan mengejut itu sekali gus membuka peluang kepada Barcelona untuk memegang tampuk pendahulu Liga Sepanyol selepas berakhirnya enam perlawanan.

Pada aksi di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan itu, Real turut gagal meneruskan rentak kemenangan dalam lima perlawanan, sebaliknya Sevilla terus unggul dengan kemenangan kelima berturut-turut.

“Kami bermain dengan baik dan dalam prestasi terbaik ketika ini,” kata penyerang Sevilla, Luis Fabiano.

“Jika kami terus bermain seperti ini, kami mampu bersaing dengan Real dan Barca dalam perebutan gelaran liga.”

Jesus Navas menanduk masuk gol pertama Sevilla pada minit ke-33, namun pemain pertahanan Portugal, Pepe menyamakan kedudukan buat pasukan The Galacticos pada babak kedua.

Begitupun, pemain Brazil, Renato berjaya menanduk masuk gol kemenangan pasukan tuan rumah pada minit ke-66 hasil hantaran daripada Navas.

“Kami sedar yang kami juga akan kalah pada satu masa,” kata bintang Real, Kaka.

“Kami dikalahkan oleh sebuah pasukan yang bagus dan kami perlu memperbaiki lagi beberapa perkara.”

One Response to “La Liga: Sevilla hadiahkan Madrid kekalahan pertama”

  1. akuu123 said

    REAL MADRID HARAP KAN RONALDO JE MENTANG2 DIE PEMAIN TERMAHAL DUNIA KAN!!!!!!!!!!!!X SEMESTINYE KLAU RONALDO 2 PEMAIN TERMAHAL DUNIA,,,,REAL BLE KLAH WE MALU LA WEEEEEEEEEEEEEEE X DE SEMANGAT LANSUNGGGGGGGGGG,.,.,.RAMAI LAGI PEMAIN TERNAMA KAT REAL 2 MCM KAKA BENZAMA ALONSO RAUL VAN NISTEROOY RONALDO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: