Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Keyakinan Chelsea melonjak rampas gelaran EPL

Posted by bolasepak on October 6, 2009

CARLO Ancelotti menjelaskan, peluang Chelsea untuk menjulang gelaran Liga Perdana England musim ini kini terletak di tangan anak-anak buahnya sendiri.

Kelmarin, Chelsea kembali merampas takhta pendahulu daripada cengkaman Manchester United setelah menang 2-0 ke atas Liverpool di Stamford Bridge.

Kini, Ancelotti percaya nasib anak-anak buahnya untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga bergantung kepada kemahuan setiap pemain kelab London itu.

“Saingan musim ini hanya bergantung kepada kami sekarang, kami berada di kedudukan teratas dan kami bersedia mengharungi perlawanan seterusnya dengan penuh keazaman,” kata Ancelotti.

The Blues merampas takhta tersebut daripada United setelah anak-anak buah Alex Ferguson itu diikat 2-2 oleh Sunderland, Sabtu lalu.

“Tetapi kami mahu terus mengekalkan tumpuan kepada saingan musim ini, bukan kepada pasukan lain. Ini adalah kejayaan penting ke atas sebuah pasukan yang bagus dan saya sangat gembira.

“Saingan bagi musim ini? Sasaran kami ialah mahu kalah hanya satu perlawanan dan kami telah pun mengalaminya.”

Pada aksi kelmarin, Didier Drogba mencipta dua peluang buat Nicolas Anelka dan Florent Malouda menjaringkan gol.

Ancelotti berkata: “Didier adalah pemain yang membezakan pertemuan ini dan dia juga telah banyak membantu Anelka di bahagian serangan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: