Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

La Liga: Barcelona menang tipis atasi Almeria

Posted by bolasepak on October 5, 2009

Barcelona 1 Almeria 0

JARINGAN menakjubkan Pedro Rodriguez pada babak pertama menjulang Barcelona kepada kemenangan 1-0 ke atas Almeria bagi mengekalkan permulaan tanpa kalah juara liga Sepanyol itu musim ini.

Pedro mengambil hantaran daripada Maxwell di penjuru petak penalti pada minit ke-31 sebelum meledakkan rembatan melepasi jangkauan penjaga gol, Diego Alves.

Barcelona tanpa kelibat Thierry Henry buat kali kedua berturut-turut merekodkan rentetan enam kemenangannya untuk memungut 18 mata, yang tidak bermain kelmarin.

Penjaga gol, David de Gea membantu Atletico Madrid kepada kemenangan pertamanya musim ini dengan kejayaan 2-1 ke atas Zaragoza.

Penjaga gawang muda itu, yang melakukan penampilan pertamanya, menyelamatkan sepakan penalti dan bertindak tangkas pada lewat permainan untuk menghalang Atletico daripada memulakan musim ini tanpa sebarang kemenangan dalam enam perlawanan buat kali pertama.

Terdahulu, Diego Colotto menjaringkan gol melalui sepakan sudut pada minit ke-60 tatkala Deportivo La Coruna menundukkan Tenerife 1-0 bagi membolehkan kelab Galician itu menyertai kelab tangga ketiga, Sevilla dengan 12 mata.

Corak permainan kasar Almeria membangkitkan kemarahan penonton di Camp Nou tetapi tidak menghalang Barcelona menguasai bola, dengan kelab Catalan itu menghabiskan hampir keseluruhan perlawanan dalam kawasan lawan tetapi hanya mampu melakukan tujuh percubaan ke arah gol.

Kami cuba untuk menggerakkan bola kepada (Lionel) Messi tetapi kami tidak dapat melakukan hantaran terakhir, kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: