Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

EPL: Liverpool rebah di kandang Chelsea

Posted by bolasepak on October 5, 2009

Chelsea 2 Liverpool 0

DIDIER Drogba bertukar watak selaku pencipta kedua-dua gol ketika Chelsea membenam Liverpool 2-0 di Stamford Bridge untuk kembali melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea menghimpun 21 mata selepas lapan perlawanan, memintas Manchester United yang kini ketinggalan dua mata selepas sekadar seri 2-2 dengan Sunderland, kelmarin.

Kekalahan itu pula menyaksikan Liverpool kekal di tangga kelima selepas beraksi lapan perlawanan situasi amat bahaya ketika Manchester City turut memiliki jumlah mata sama, biarpun beraksi kurang dua perlawanan.

Dalam aksi awal semalam, Arsenal membelasah Blackburn 6-2 untuk kini berkedudukan keempat dan rapat mengekori Chelsea, United serta Tottenham Hotspur yang membentuk tiga barisan pendahulu.

Drogba jelas membuktikan nilainya buat Chelsea menerusi dua sentuhan yang menjelmakan kelainan di Stamford Bridge.

Chelsea vs Liverpool - EPL 2009Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, penyerang Ivory Coast itu bertindak pantas melorongkan bola dari sebelah kiri untuk disudahkan Nicolas Anelka buat gol pembukaan pada minit ke-60.

Ketika Liverpool ghairah mengasak pada lewat permainan buat memburu gol penyamaan, Drogba sekali lagi tenang mengatasi kekangan benteng lawan sebelum mengumpan pendek untuk disudahkan Florent Malouda buat menjamin kemenangan.

Cesc Fabregas pula berwatak sama buat Arsenal apabila menjadi pencipta empat daripada enam gol pasukannya. Thomas Vermaelen, Robin van Persie dan Theo Walcott beruntung dengan sentuhannya, ketika Fabregas turut meletakkan nama dalam senarai penjaring bersama-sama Andrei Arshavin dan Nicklas Bendtner.

Keterangan gambar:
ANELKA menewaskan penjaga gol Liverpool, Jose Reina di Stadium Stamford Bridge untuk meletak Chelsea di hadapan dalam saingan EPL, malam tadi. Chelsea menang 2-0.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: