Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

EPL: Arsenal belasah Blackburn

Posted by bolasepak on October 5, 2009

ARSENAL membelasah Blackburn Rovers 6-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris malam ini meskipun dua kali tertinggal sebelum menang selesa di Stadium Emirates.

Pasukan tuan rumah itu dikejutkan dengan gol awal Blackburn pada empat minit permainan bermula menerusi Steven Nzonzi sebelum pertahanan tengah Arsenal, Thomas Vermaelen menyamakan kedudukan.

Selepas itu, Blackburn mendahului semula menerusi gol David Dunn hasil serangan balas, tetapi dua minit kemudian penyerang Belanda, Robin van Persie sekali lagi menyamakan kedudukan.

Sebelum separuh masa tamat, Arsenal menemui rentak permainan dengan mendahului menerusi jaringan Andrei Arshavin, menjadikan kedudukan 3-2.

Cesc Fabregas menyumbat gol keempat Arsenal diikuti Theo Walcott sebelum pemain simpanan, Nicklas Bendtner menamatkan saingan Blackburn untuk gol keenam Arsenal.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal mengekori Liverpool, yang akan bertemu Chelsea lewat malam ini.

Kedua-dua pasukan berkongsi 15 mata di tangga keempat tetapi dipisahkan dengan kelebihan jaringan gol memihak kepada Liverpool.

Keputusan Penuh EPL
Carta EPL Terkini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: