Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Johor FC mahu kekal rekod 100 peratus

Posted by bolasepak on October 3, 2009

JOHOR FC selaku pendahulu Kumpulan C mula memasang impian untuk memastikan rekod bersih kemenangan tidak tercalar tatkala berdepan Perak dalam saingan Piala Malaysia di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini.

Selepas meraih dua kemenangan dan menggungguli kumpulan itu, jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid tampak bernafsu untuk memburu kemenangan ketiga, sekali gus ingin memastikan tiket ke suku akhir piala berprestij itu dapat digapai.

Lebih melegakan bekas pertahanan Johor itu adalah dia dapat menurunkan kesebelasan terbaik tatkala semua pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan serta penggantungan.

“Tiada pemain yang mengalami kecederaan serta penggantungan dan saya akan menurunkan M Sivakumar dan Mohd Syafuan Riduwan dalam kesebelasan utama selepas kedua-dua pemain itu pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

“Kehadiran semula Sivakumar pasti menguatkan kembali benteng pertahanan yang agak goyah ketika aksi menentang UPB-MyTeam apabila posisi itu tampak kurang mantap terutama menyekat kemaraan penyerang lawan.

“Formasi juga tidak berubah dan saya mengekalkan corak 4-4-2 malah permainan pantas akan digunakan bagi memastikan Perak tidak mengambil kesempatan untu mengawal perlawanan kerana pengalaman ketika menentang MyTeam, baru-baru sudah cukup memberi pengajaran,” katanya.

Apapun, Ramlan mengingatkan pemainnya agar tidak leka sehingga lupa dengan taktikal yang dirancang kerana Perak bukan calang-calang pasukan, sebaliknya skuad bimbingan M Karathu itu mampu membuat kejutan seandai pemain Johor FC bersikap sambil lewa.

Katanya, pergerakan barisan serangan yang diteraju Mohd Farid Ideris dan Eddy Helmi Manan pasti dikawal ketat dan kesempatan menyusup masuk ke kubu lawan harus digunakan sepenuhnya oleh barisan tengah untuk mencipta jaringan.

“Azizan Baba memiliki rembatan jarak jauh yang padu dan saya ingin melihat pemain itu meledakkan jaringan menerusi gol dari luar kotak penalti memandangkan pergerakan pemain serangan pasti dikawal ketat,” kata Ramlan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: