Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Selangor benam KM Naza 3-2

Posted by bolasepak on October 3, 2009

JUARA tiga piala musim ini, Selangor nyaris diaibkan Kuala Muda Naza (KM Naza) apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menang tipis 3-2 pada perlawanan Piala Malaysia kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Berdepan gergasi bola sepak tempatan, Selangor nyata tidak menggentarkan KM Naza apabila terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-16 menerusi rembatan Farderin Kadir, yang menewaskan penjaga gol, Mohd. Hamsani Ahmad.

Pelawat yang dibimbing oleh jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusof terus mendominasi perlawanan dengan menjaringkan gol kedua menerusi bekas penyerang Selangor, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-32.

Peluang terbaik Selangor yang merupakan juara Piala FA, Liga Super dan Piala Sumbangsih hadir pada minit ke-42 hasil rembatan ketua pasukan Mohd. Amri Yahyah, namun percubaannya melewati palang gol sebelum pemain itu dihadiahkan peluang kedua, seminit kemudian.

Penjaga gol KM Naza, Mohd Azizon Kadir melakukan kesilapan apabila bola rembatan lemahnya dari dalam kotak penalti singgah di kaki Amri yang kemudiannya merembat kencang ke arah gol untuk kedudukan 1-2 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Selangor yang dibimbing bekas jurulatih KM Naza, K.Devan terus melancarkan serangan untuk mencari gol penyamaan namun gagal membuahkan hasil sehinggalah pada minit ke-80.

Mohd Safee Sali meledak gol ketiganya daripada tiga perlawanan berturut-turut untuk menjadikan kedudukan 2-2, sebelum Rudie Ramli menjadi wira dengan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-90 untuk kedudukan 3-2.

Selangor kekal mendahului kumpulan D dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan, manakala KM Naza berada di tangga kedua dengan tiga mata mengatasi PDRM dan Sabah di tempat ketiga dan keempat.

Perlawanan ini diawalkan sehari bagi memberi laluan kepada Selangor yang akan bertandang ke Singapura esok bagi menghadapi Piala Sultan Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: