Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Perlis mahu jinakkan KL Plus

Posted by bolasepak on October 3, 2009

MOMENTUM kebangkitan Perlis bakal diteruskan dengan keinginan tinggi untuk menjulang Piala Malaysia selepas gagal menjuarai Liga Super 2009 semakin menjadi realiti.

Setelah menundukkan Melaka 2-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka, Singa Utara mengutip tiga mata lagi apabila menjinakkan Pahang 3-2 di tempat sendiri Selasa lepas.

Namun demikian, hari ini, juara Kumpulan A itu bakal berdepan dengan pencabar berbisa, KL PLUS di tempat sendiri yang disifatkan oleh ketua jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim sebagai ‘duri paling bahaya’.

Pertemuan dengan KL PLUS disifatkan sedemikian kerana lawannya itu cuma memerlukan kemenangan hanya dengan kelebihan satu gol sahaja untuk berada di atas Kumpulan A.

Kini, Perlis sudah mengumpulkan enam mata berbanding empat mata buat KL PLUS namun kedua-dua pasukan pula memiliki jumlah jaringan serupa iaitu lima gol.

Ketika ditemui, Irfan Bakti mengaku bimbang kerana KL PLUS memiliki beberapa penjaring berbahaya seperti Fadzli Saari, Mohd. Lot Abu Hassan dan Amir Saari Abdul Mubin.

Walaupun Perlis memiliki ‘penembak tepat’, pemenang Kasut Emas 2009, Nizaruddin Yusof, tetapi mereka tidak boleh hanya mengharapkan pemain itu sahaja.

“Paling saya bimbang ialah pemain mengambil mudah setelah menang dua perlawanan terdahulu. KL PLUS hanya perlu menang walaupun dengan kelebihan satu gol sahaja untuk memiliki tujuh mata, sekali gus memimpin carta Kumpulan A.

“Satu lagi yang merisaukan saya ialah sikap ambil mudah pemain apabila telah mendahului jaringan. Itulah yang berlaku Selasa lepas ketika Perlis mendahului Pahang 1-0, kemudian Pahang di depan dengan 2-1, sebelum kami menang 3-2,” ujarnya.

Namun Irfan Bakti percaya, anak buahnya mampu mengutip tiga mata lagi untuk mendahului carta Kumpulan A dengan sembilan mata, walaupun mereka mengalami masalah ‘poket kosong’ akibat tunggakan gaji.

Menyentuh jentera malam ini pula, beliau tidak menolak kemungkinan mengekalkan kesebelasan utama ketika Perlis menang ke atas Melaka dan Pahang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: