Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Misi hidup mati Kedah

Posted by bolasepak on October 3, 2009

DENGAN kutipan satu mata daripada enam yang ditawarkan, Kedah berdepan bahaya tersingkir seawal pusingan kumpulan Piala Malaysia dengan kunjungan Pulau Pinang ke Stadium Darulaman hari ini umpama misi hidup mati.

Kegagalan untuk meraih selain daripada tiga mata penuh akan menyaksikan Kedah semakin terhimpit di tempat ketiga, di belakang pendahulu awal Kumpulan E, Kelantan dengan enam mata dan Tentera di tempat kedua dengan dua mata.

Walaupun masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai kemungkinan Kedah tercicir awal, kegagalan Hijau Kuning untuk mengatasi lawan yang dianggap mudah, Tentera pada perlawanan pertama, mencetuskan kebimbangan ketumpulan jentera serangannya.

Mohd Azraai Khor yang merintih mengenai jentera serangannya yang setakat ini meledakkan satu gol ketika seri 1-1 ke atas Tentera, kini mengharapkan Mohd Farizal Rozali dan Mohd Azrul Ahmad menemui sentuhan dalam perlawanan malam ini.

“Hanya tiga mata yang dapat mengubah nasib kami dengan penyerang kami diharap dapat menebus kegagalan dalam dua perlawanan sebelum ini,” kata Mohd Azraai yang mengemudi pasukannya meraih gelaran dengan kejayaan 3-2 ke atas Selangor tahun lalu.

Dengan format pertandingan kali ini membenarkan tiga pasukan naib juara kumpulan mara ke pusingan lapan terakhir, Kedah tidak mampu mengambil risiko dengan kutipan mata yang rendah.

Saingan kumpulan lain dilihat mengikuti skrip dengan pasukan pilihan semuanya berada dalam keadaan selesa untuk mara ke pusingan seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: