Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kelantan tak pandang mudah ATM

Posted by bolasepak on October 3, 2009

DUA kemenangan termasuk menumpaskan juara treble dua kali, Kedah di laman sendiri sudah cukup untuk menyuntik semangat pemain Kelantan meneruskan kecemerlangan.

Ketika dijadualkan turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang malam ini, kelebihan pastinya menjadi milik Kelantan.

Namun, sedikit kegusaran disuarakan oleh pengendali baru sang Kijang, B Sathianathan yang perlu diberikan perhatian oleh semua pemain.

Menurutnya, ATM turun tanpa tekanan dan dilabelkan sebagai underdog dengan rekod dua kali seri termasuk mengikat Kedah di Alor Setar, Sabtu lalu.

“Anda pasti melihat banyak peningkatan dalam pasukan itu, pemain mereka berdisiplin dan mereka kerja kuat untuk kempen Piala Malaysia kali ini.

“Untuk melabelkan mereka sebagai pasukan ‘mudah’ anda mungkin silap, apa yang pasti kita akan main dengan cara kita dan kita akan pastikan tiga mata dibawa pulang ke Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, pemain perlu meningkatkan kualiti permainan kerana dua perlawanan sebelum ini bukan wajah sebenar pasukan Kelantan.

Katanya, beliau berpuas hati dengan kesungguhan para pemain ketika sesi latihan apabila mereka bekerja keras untuk merebut tempat di dalam pasukan.

“Sebagai jurulatih anda pasti gembira melihat anak-anak buah kamu begitu bersungguh-sungguh ketika latihan tetapi itu tidak mencukupi kerana mereka perlu buktikan ketika dalam perlawanan.

“Sesiapa sahaja boleh bermain di dalam pasukan ini asalkan mereka benar-benar mahu bermain bola sepak dan kita memerlukan pemain yang komited dan fokus dengan tugas mereka,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kembalinya penggempur licik, Che Hishamuddin Hassan yang membarisi semula kesebelasan utama selepas sering memanaskan bangku simpanan, Sathianathan berkata:

“Cukup bagus untuk memiliki pemain seperti dia, berpengalaman dan dengan larian pantasnya, beliau mampu datang dari belakang untuk menyudahkan peluang yang terhidang.

“Apa yang pasti saya merancang sesuatu untuk beliau,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: