Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Liga Juara: Chelsea, United menang, Milan tewas

Posted by bolasepak on October 1, 2009

JARINGAN pada minit ke-78 Michael Carrick menyelamatkan Manchester United daripada diaibkan juara kelab Jerman musim lalu, Wolfsburg selepas ketinggalan 1-0 pada minit awal separuh masa kedua, di gelanggang sendiri.

Wolfsburg yang mendahului hasil tandukan Dzeko berputih mata selepas pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs menyamakan kedudukan daripada tendangan percuma tiga minit selepas itu.

Juara Liga Inggeris dan naib juara Liga Juara-juara musim lalu itu yang terus mengasak ke gawang lawan berjaya mendahului perlawanan susulan jaringan menarik pemain tengahnya, Michael Carrick dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan, pagi tadi.

Sementara itu, di Munich, perlawanan antara Bayern Munich dan Juventus di stadium Allianz Arena, Jerman berkesudahan seri 0-0.

Manakala,perlawanan di Cyprus antara APOEL Nicosia dan Chelsea menyaksikan skuad bimbingan Carlo Ancellotti berjaya menundukkan lawan 1-0 hasil jaringan Nicolas Anelka pada minit ke-18

Selain itu, Dalam kumpulan C, Cristiano Ronaldo yang menyertai Real Madrid awal musim ini membantu kelabnya menundukkan Marseille 3-0 dengan menjaringkan dua gol selepas kaka menyempurnakan penalti pada minit ke-61.

Dalam kumpulan yang sama, gergasi Serie A Itali AC Milan tunduk kepada kelab FC Zurich hasil jaringan awal Tihinen pada minit ke-10.

Keputusan penuh perlawanan Liga Juara Eropah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: