Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Dilema penyokong Sepanyol

Posted by bolasepak on June 16, 2008

PENYOKONG Sepanyol, terutama yang punya kaitan dengan Real Madrid, gembira kerana gol kemenangan lewat David Villa ke atas Sweden sekali gus melengahkan usaha melakukan apa yang gagal dilaksanakan juara dunia, Itali dan Perancis.

Ianya ialah mengelak daripada tumbang angkara aksi memukau Belanda.

Kemenangan Sepanyol ke atas Russia dan Sweden bermakna skuad kendalian Luis Aragones menjuarai Kumpulan D selepas Russia menewaskan Greece 1-0 dan menamatkan tempoh Greece selaku juara Eropah.

Ia bermakna pertemuan suku akhir menentang sama ada Romania, Perancis – ataupun Itali, yang secara kontroversi menyingkirkan mereka pada suku akhir Piala Dunia 1934 dan 1994.

Tetapi sekurang-kurangnya pertemuan dengan Belanda akan berlangsung kemudiannya – jika kedua-dua pasukan mengekalkan tahap aksi terkini – dan melengahkan juga konflik untuk penyokong Sepanyol yang menyebelahi skuad ‘Oranje’ itu.

Di negara di mana kelab mengatasi negara, penyokong Real harus berasa beruntung kerana trio mereka – Wesley Sneijder, Arjen Robben dan Ruud van Nistelrooy menggegar buat Belanda dalam dua perlawanan ketika membenam Itali dan Perancis.

Jika dan bila Belanda dan Sepanyol bertemu, kerana hubungan erat yang ada, ia pastinya bakal menjelmakan pertembungan amat menarik.

Ketika ini, kelebihan tampak milik Belanda kerana pemain skuad itu punya pengetahuan mendalam mengenai sistem Sepanyol menerusi pendedahan dalam La Liga.

Giovanni van Bronckhorst, menemui sentuhan jaringan ketika bertemu Itali bersama-sama Sneijder dan van Nistelrooy, empat tahun bersama Barcelona, biarpun kini sudah pulang untuk menyertai Feyenoord.

Belanda, sejak sekian lama, jelas hebat mencuba nasib di negara asing dan kemampuan mereka untuk menyesuaikan diri memang diperakui.

Biarpun punya asas kuat pemain daripada liga sendiri, enam tonggak bersaing dalam Liga Perdana Inggeris dengan empat di Sepanyol – dengan yang keempat adalah tonggak benteng Sevilla, Khalid Boulahrouz.

Leave a comment