Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Vieira perkuat skuad Perancis

Posted by bolasepak on June 15, 2008

HAJAT Perancis untuk mara ke suku akhir Euro 2008 semakin cerah selepas menerima khabar gembira mengenai penilaian kecergasan ke atas kapten mereka, Patrick Vieira yang menunjukkan peningkatan semalam.

Skuad Les Blues kehilangan khidmat perancang Inter Milan itu ketika seri tanpa jaringan dengan Romania dan kekalahan 1-4 kepada Belanda kelmarin.

Pemain yang beraksi dalam skuad Perancis yang menjulang trofi Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 itu mengalami kecederaan paha kirinya sebelum kempen Eropah ini, namun dilaporkan bersedia untuk menggalas peranan Perancis dalam misi hidup dan mati menentang Itali.

Sekiranya Perancis berjaya menewaskan juara dunia itu dan pada waktu yang sama Romania pula gagal menang ke atas skuad kedua Belanda, maka Perancis pastinya mara ke suku akhir bersama Belanda.

Jurulatih Perancis Raymond Domenech pastinya gembira dengan situasi pasukannya ketika ini yang amat memerlukan peningkatan dari dua perlawanan sebelumnya.

“Patrick Vieira? Dia semakin pulih dan menjalani latihan seperti biasa,” kata Domenech.

“Dia boleh diturunkan menentang Itali. Kami sedang melakukan sedaya upaya untuk memastikan dia akan diturunkan pada saat genting ini.”

Penyerang Perancis, Thierry Henry juga menggambarkan betapa khidmat Vieira amat diperlukan ketika ini.

“Jika dia boleh beraksi, ia adalah khabar gembira bagi kami,” kata Henry.

“Jelas sekali kami amat memerlukan sumbangannya ketika ini.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: