Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Ronaldo: Saingan Euro makin mencabar

Posted by bolasepak on June 15, 2008

PORTUGAL mungkin berjaya mempamerkan permulaan yang baik pada saingan Euro 2008 selepas muncul pasukan pertama mara ke suku akhir.

Begitupun, penggempur utamanya, Cristiano Ronaldo sedar saingan yang lebih mencabar sedang menanti skuad bimbingan Luiz Felipe Scolari itu selepas ini.

Portugal berjaya mengalahkan Turki 2-0 pada aksi pertama Kumpulan A sebelum pemain sayap Manchester United itu beraksi cemerlang membantu pasukannya mengalahkan Republik Czech 3-1 sekali gus membawa finalis Euro 2004 itu ke pusingan suku akhir yang bermula Jumaat depan.

“Saya jamin bahawa setiap perlawanan selepas ini akan menjadi lebih sukar dan mencabar,” kata Ronaldo.

“Kami perlu bersedia menghadapinya. Sudah terdapat banyak kejutan ketika ini. Jerman adalah pasukan pilihan ketika menentang Croatia, tapi mereka tetap kalah.”

Pemain berusia 23 tahun itu mengakui jurulatihnya, Scolari akan menggunakan peluang ini untuk merehatkan beberapa tonggak utamanya pada pertemuan terakhir dengan Switzerland esok.

Sama ada diturunkan atau tidak, Ronaldo tetap menegaskan bahawa Portugal tidak akan memandang mudah pertemuan dengan tuan rumah itu yang telah pun tersingkir lebih awal.

“Motivasi kami tetap sama dan tidak berubah,” katanya.

“Pemain yang akan turun nanti akan memberi aksi terbaik bagi membuktikan kepada Scolari bahawa mereka juga mahu menjadi pemain utama.

“Saya rasa ia akan menjadi satu pertemuan yang menarik kerana kebanyakan pemain belum lagi merasai suasana sebenar.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: