Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Perancis sukar percaya bakal tersingkir

Posted by bolasepak on June 15, 2008

PERANCIS sukar mempercayai bagaimana Belanda mampu memberikan kekalahan terbesar kepada mereka dalam tempoh sedekad.

Jaringan Dirk Kuyt, Wesley Sneijder, Robin van Persie dan Arjen Robben membantu Belanda membenam naib juara dunia itu 4-1, sekali gus mengiringi Portugal dan Croatia ke suku akhir.

Perancis kini perlu mengalahkan juara dunia, Itali dalam perlawanan terakhir Kumpulan C di Zurich, Rabu ini sambil berdoa Romania gagal mengutip tiga mata dalam pertemuan dengan Belanda.

Ini adalah kekalahan terbesar Perancis sejak tumpas 4-0 kepada Poland dalam perlawanan persahabatan pada 1982 dan kekalahan itu hadir biarpun mereka menggunakan taktik menyerang serta mencipta gerakan dari bahagian tengah.

Bagi penjaga gol Perancis, Gregory Coupet, dia hanya ada satu penjelasan mengenai kekalahan besar Perancis, Belanda memiliki segalanya.

“Belanda memiliki ramai pemain yang berkualiti hebat. Secara jujur, saya rasa pasukan itu punya segalanya.

“Bagaimanapun kami tidak patut berasa malu dengan kekalahan ini kerana kami juga mencipta banyak peluang.

“Walaupun kalah, dunia belum berakhir. Sekurang-kurangnya, kami memperoleh satu pengalaman menarik dari Kumpulan C. Sekarang kami perlu bangkit menentang Itali,’’ kata Coupet yang menjadi penjaga gol utama dalam kejohanan pertamanya sejak menggantikan Fabian Barthez.

Sementara itu, Thierry Henry yang menjaringkan gol sagu hati Perancis menganggap kekalahan 1-4 sesuatu yang sukar diterima.

Penyerang Barcelona itu juga mempertikaikan keputusan pengadil dari Jerman, Herbert Fandel yang tidak memberikan penalti pada minit ke-50 apabila bola jelas terkena tangan pemain Belanda, Andre Ooijer dalam kotak penalti.

Bagi pemain pertahanan Bayern Munich, Willy Sagnol, keputusan 4-1 tidak menggambarkan perjalanan sebenar perlawanan.

“Belanda bermain efisien tetapi permainan kami lebih menarik. Mereka tidak selesa bila kami memegang bola tetapi mereka memanfaatkan peluang,’’ kata Sagnol.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: