Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Itali serah nasib kepada Romania untuk layak

Posted by bolasepak on June 15, 2008

SELEPAS kalah 0-3 kepada Belanda dan seri 1-1 dengan Romania, Itali kini bukan saja perlu menewaskan Perancis dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, Rabu ini, malah terpaksa bergantung kepada Romania untuk layak ke suku akhir.

Juara Piala Dunia itu mengakui, ini adalah situasi yang paling dibenci apabila menyerahkan nasib di tangan orang lain.

Sebelum Euro 2008 bermula, penyerang Itali, Luca Toni memberitahu rakan sepasukannya di Bayern Munich iaitu bek Perancis, Franck Ribery bahawa dia berharap Itali sudahpun melayakkan diri ke suku akhir apabila kedua-dua pasukan itu bertemu pada perlawanan penutup Kumpulan C.

Bagaimanapun apa yang berlaku hari ini, nasib kedua-dua pasukan ibarat telur di hujung tanduk. Pasukan yang kalah akan tersingkir, malah yang menang juga belum tentu akan layak jika Romania berjaya menewaskan Belanda.

Ketika ini, Belanda yang mencatat kemenangan kedua 4-1 ke atas Perancis semalam mengungguli Kumpulan C dengan enam mata, diikuti Romania dua manakala Perancis dan Itali satu mata.

Semalam, Gianluigi Buffon menyelamatkan skuad Azzurri daripada tersingkir awal apabila menafikan sepakan penalti Adrian Mutu untuk membolehkan Itali seri 1-1 dengan Romania.

“Kami melakukan banyak percubaan tetapi mendapat jaringan yang sikit. Kami berhak menamatkan perlawanan dengan kemenangan dan bukan seri.

“Sekarang, kami bukan saja perlu mengalahkan Perancis tetapi berharap Romania tidak menewaskan Belanda,” kata jurulatih Itali, Roberto Donadoni.

Toni pula masih cuba bersikap positif, dengan berharap kecemerlangan Buffon menyelamatkan Itali akan menjadi titik permulaan kepada pasukan itu untuk melangkah jauh.

“Mari kita berharap kejayaan Gigi (Buffon) menyelamatkan keadaan hari ini akan merubah nasib kita kerana Itali akan memerlukan tuah itu apabila bertemu Perancis,” katanya.

Buffon yang merendah diri dengan menganggap dia bernasib baik ketika menyelamatkan penalti berkata: “Kita sudah berada di ambang penyingkiran dan tiba-tiba nasib kita berubah dengan berjaya mengutip satu mata.

“Apa saja boleh berlaku. Faktor juga memainkan peranan, jadi mari kita fikirkan tentang mencari kemenangan tanpa terlalu bimbang mengenai apa yang berlaku dalam satu lagi perlawanan.”

Bagi pertahanan Itali, Fabio Grosso pula, pasukannya smenjadi mangsa pengadilan yang buruk dalam dua perlawanan pertama.

“Pemain memasuki padang dengan mentaliti berbeza walaupun kalah besar dalam saingan pertama,” kata Grosso.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: