Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Belanda berhak turunkan barisan simpanan

Posted by bolasepak on June 15, 2008

TIADA peraturan yang boleh menghalang Belanda menurunkan skuad kedua pada perlawanan menentang Romania minggu depan.

Demikian penjelasan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) semalam ketika mengulas hasrat Belanda untuk memberi peluang kepada pemain simpanan dalam kesebelasan utamanya pada perlawanan terakhir Kumpulan C kejohanan bola sepak Euro 2008.

Belanda berhasrat berbuat demikian selepas mengesahkan tempat ke suku akhir ekoran kemenangan 4-1 ke atas Perancis semalam.

Langkah yang mahu diambil oleh Belanda itu menimbulkan rasa kurang senang Itali dan Perancis yang turut memburu tempat ke suku akhir.

jika Romania menang ke atas Belanda pada perlawanan terakhir itu peluang Perancis dan Itali akan tertutup terus.

Belanda menewaskan Itali 3-0 dan Perancis 4-1 untuk memimpin kedudukan teratas Kumpulan C sekali gus mengesahkan slot ke suku akhir.

Dengan ini, keputusan perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Romania di Bern Selasa depan tidak akan menjejaskan kedudukan Belanda.

Sebaliknya Romania akan menamatkan saingan di tempat kedua jika mereka menang perlawanan terakhir ini.

Pengarah komunikasi UEFA, William Gaillard berkata, dia masih belum dihubungi oleh Itali atau Perancis yang bimbang Belanda akan menurunkan skuad simpanan.

“Memang sudah menjadi perkara biasa untuk melakukan sistem penggiliran bagi sesebuah pasukan dalam mana-mana kejohanan,” kata Gaillard.

“Tidak ada sesiapa yang menjangkakan pasukan yang sudah melayakkan diri akan menurunkan skuad terbaik.

“Oleh sebab itu apabila sesebuah pasukan yang sudah melayakkan diri dan mengesahkan tempat di tempat pertama dalam kumpulan, kami lihat dalam banyak kejohanan dan pertandingan, mereka menurunkan barisan pemain simpanan.

“Kamu tidak perlu mengambil risiko. Kamu boleh beri peluang kepada pemain lain untuk mempamerkan kehebatan masing-masing dan ia tidak menyalahi peraturan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: