Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

“Saya rasa ingin bunuh pengadil” – PM Poland

Posted by bolasepak on June 14, 2008

PERDANA Menteri Poland, Donald Tusk menjelaskan bahawa dia berasa seperti mahu membunuh Howard Webb selepas pengadil dari England itu menghadiahkan sepakan penalti kepada Austria semalam.

Jaringan penyamaan menerusi penalti Ivica Vastic menyaksikan Poland seri 1-1 dengan Austria pada aksi kedua Kumpulan B Kejohanan Eropah (Euro) 2008.

Keputusan itu sekali gus menyekat hajat Poland untuk mencerahkan peluang mara ke suku akhir.

“Sebagai Perdana Menteri, saya perlu berpandangan adil dan bersabar,” kata Tusk yang juga peminat No. 1 bola sepak Poland.

“Tapi malam semalam saya jelas sekali berasa satu perubahan mengenai apa yang berlaku sehingga memaksa saya seperti mahu membunuh seseorang.

“Pengadil melakukan kesilapan dan ia adalah kesilapan jelas yang mengecewakan kami semua. Saya rasa lebih baik kami ketinggalan pada babak pertama sebelum Austria mendapat peluang mereka itu, bukan selepas 93 minit ekoran satu kesilapan yang jelas.”

Sementara itu, jurucakap UEFA, William Gaillard mengakui Webb telah membuat satu keputusan yang tepat dengan menghadiahkan penalti tersebut.

Webb juga dilaporkan mendapat perlindungan polis di rumahnya selepas menerima ancaman menerusi internet daripada anggota komuniti terbesar Poland di Britain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: