Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kekalahan kepada Croatia pengajaran buat Jerman

Posted by bolasepak on June 14, 2008

KEKALAHAN 1-2 kepada Croatia memberi satu pengajaran kepada Jerman.

Begitupun jurulatih Jerman, Joachim Loew tetap yakin skuad kendaliannya mampu memperbaiki kesilapan itu menjelang aksi terakhir Kumpulan B Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 menentang Austria Isnin ini.

“Pada dua atau tiga tahun terakhir, pasukan kami seringkali bangkit daripada kekalahan,” kata Leow selepas Jerman tewas kepada Croatia di Klagenfurt semalam.

“Kami telah membuktikan bahawa kami mempunyai perwatakan dan kemampuan untuk bangkit. Kini kami perlu menunjukkan bahawa kami adalah sebuah pasukan yang mampu melakukannya pada perlawanan yang dianggap penting selepas ini.”

Jerman beraksi cemerlang dengan menewaskan Poland 2-0 pada perlawanan pertama tetapi terpaksa tunduk kepada Croatia pada perlawanan kedua kelmarin.

Mereka ketinggalan di belakang selepas Marcell Jansen memberi ruang kepada Darijo Srna menjaringkan gol pada minit ke-24 sebelum Ivica Olic menjadikan 2-0 pada minit ke-62.

Lukas Podolski menjaringkan gol ketiga peribadi pada pertandingan ini untuk menghidupkan peluang Jerman tetapi gagal menambah jaringan sehingga wisel penamat.

Jerman terus malang apabila Bastian Schweinsteiger diarah keluar padang selepas mengkasari Jerko Leko.

“Banyak kesilapan berlaku hari ini (semalam),” kata Loew.

“Tetapi kami perlu berbincang tentang perkara itu dan menganalisis segala-galanya.”

Jerman perlu sekurang-kurangnya seri pada perlawanan terakhir menentang Austria di Vienna pada 16 Jun ini dan pemain-pemain sedar mereka juga perlu memperbaiki persembahan jika tidak mahu dimalukan oleh pasukan tuan rumah.

“Ia bakal menjadi satu perlawanan yang berlainan menentang Austria tetapi kami masih lagi perlu berhati-hati,” kata kapten, Michael Ballack selepas perlawanan itu.

“Kami perlu kembali pada prestasi awal seperti mana yang dipamerkan pada perlawanan menentang Poland.

“Mungkin kami terlalu meraikan kemenangan itu. Kami sedar bahawa Croatia adalah sebuah pasukan yang hebat tetapi kami terlalu berhati-hati.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: