Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Guus Hiddink tidak mahu cari alasan

Posted by bolasepak on June 14, 2008

Greece lawan Rusia (2.45 pagi)

JURULATIH Rusia, Guus Hiddink tidak mahu pasukannya menjadikan ketiadaan penyerang utama, Roman Pavlyuchenko sebagai alasan untuk mereka mempamerkan aksi mengecewakan pada pertemuan dengan juara bertahan, Greece pagi esok.

Pavlyuchenko mengalami kecederaan di bahagian paha selepas tewas 1-4 kepada Sepanyol pada aksi Kumpulan D Euro 2008 minggu lalu.

Insiden itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada Rusia yang telah pun kehilangan penyerang, Andrei Arshavin serta Pavel Pogrebnyak.

“Jelas sekali kehilangannya (Pavlyuchenko) akan dirasai, tapi pasukan muda ini tidak akan menggunakannya sebagai alasan untuk tidak beraksi dengan baik,” kata Hiddink.

“Mungkin lebih mudah untuk mengatakan bahawa ‘seorang daripada tonggak utama kami tidak dapat bermain, jadi kami tidak boleh menang’. Saya pastinya tidak mahu kami menggunakan alasan sebegitu.”

Arshavin akan kembali dari penggantungan selepas aksi di Salzburg pagi Ahad nanti, namun bagi Pogrebnyak pula, dia sudah boleh melupakan terus kempen Eropah kali ini.

Hiddink berkata dia akan memikirkan kemudian sama ada Pavlyuchenko yang menjaringkan gol tunggal Rusia ke atas Sepanyol, akan cergas sepenuhnya atau tidak.

“Dia mengalami sedikit ketegangan pada ototnya. Tidak ada tanda keretakan atau sebagainya, tapi ia sedikit ketegangan selepas perlawanan pertama,” katanya.

“Dia sudah boleh berlari sedikit kelmarin dan masih menjalani rawatan hari ini (semalam), jadi kami akan melihatnya lagi malam ini.”

Selepas tewas pada perlawanan pertama, Rusia dan Greece kini memerlukan kemenangan untuk mencerahkan peluang mereka menempah tiket ke suku akhir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: