Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Euro 2008: Romania 1 Itali 1

Posted by bolasepak on June 14, 2008

ROMANIA menyukarkan laluan Itali untuk ke suku akhir apabila mengikat juara dunia itu dengan keputusan seri 1-1 pada perlawanan menarik, rancak dan terbuka Kumpulan C saingan Euro 2008, awal pagi tadi.

Keputusan itu meletakkan Itali tiada pilihan selain perlu menang perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Perancis, begitu juga Romania yang akan bertemu Belanda.

Itali bagaimanapun perlu berterima kasih kepada penjaga golnya, Gianluigi Buffon yang berjaya menyelamatkan sepakan penalti Adrian Mutu pada minit ke-80 bagi mengelakkan pasukan itu kalah dan tersingkir terus daripada suku akhir.

Malang bagi Itali apabila satu jaringan mereka dibatalkan manakala belasan peluang yang hadir gagal diterjemahkan kepada gol.

Itali sepatutnya mendahului sebelum rehat tetapi jaringan Luca Toni dibatalkan kerana ofsaid walaupun rakaman ulang tayang membuktikan sebaliknya.

Romania turut mencipta beberapa peluang di babak pertama termasuk percubaan Cristian Chivu yang tertampan pemain Itali sebelum terkena tiang gol.

Begitu juga dengan percubaan Mutu yang berjaya melepasi perangkap ofsaid dan hanya berdepan satu dengan satu tetapi diselamatkan Buffon.

Perlawanan bertambah rancak pada babak kedua apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk mencari gol.

Selepas 10 minit permainan bersambung, Romania lebih dulu membuka jaringan apabila Gianluca Zambrotta menanduk bola ke arah Buffon tetapi tandukan ke belakangnya itu disambut Mutu yang pantas bertindak untuk menggegar jaring.

Bagaimanapun gol pendahuluan itu hanya bertahan seminit sahaja apabila Itali menyamakan kedudukan menerusi Cristian Panucci yang menyambut bola tandukan Luca Toni di depan gol.

Saingan tidak terhenti di situ sahaja dengan asakan dan gerakan terus diatur terutama Itali yang begitu memerlukan kemenangan.

Selepas Mutu gagal menyepak masuk sepakan penalti, Itali jelas menarik nafas lega sebaik wisel penamat dibunyikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: