Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Austria berdepan misi sukar

Posted by bolasepak on June 14, 2008

AUSTRIA perlu menewaskan Jerman pada perlawanan terakhir Kumpulan B Isnin (pagi Selasa) ini bagi menempah slot ke pusingan suku akhir Euro 2008.

Austria kembali bernafas selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Poland pada perlawanan kedua Kumpulan B semalam selepas pemain gantian, Ivica Vastic menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan walaupun sebelum itu ketinggalan 0-1.

Keputusan itu melegakan Austria selaku penganjur bersama Euro 2008 untuk mengekori Croatia ke suku akhir.

“Kami perlu mengulangi kejayaan di Cordoba,” kata kapten Andreas Ivanschitz merujuk kepada perlawanan di bandar Argentina di mana Austria menewaskan juara bertahan Jerman 3-2 pada Piala Dunia 1978.

“Ia adalah sebahagian daripada sejarah bola sepak Austria. Kami mahu mengulanginya.”

Namun Josef Hickersberger enggan membuat perbandingan dengan perlawanan 30 tahun lalu kerana keadaan sekarang sudah jauh berbeza.

“Bermain menentang Jerman bagi saya adalah sesuatu yang istimewa,” kata Hickersberger.

“Apa yang berlaku 30 tahun lalu tidak memberikan keistimewaan kepada saya.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: